Alhamdulillah, Patut lah semalam kemain tapak tangan kanan ibu ini gatal rasa gatal saja. Jenuh garu. Hehe, rupanya nak dapat cek Nuffnang. Memang kena sangat lah masanya. Sangat-sangat ditunggu-tunggu. Hehe.
Cek ni merupakan cek yang kesembilan ibu terima dari Nuffnang sepanjang ibu menggunakan iklan Nuffnang. Alhamdulillah. Kalau nak diikutkan dari tahun 2008 atau 2009 kot ibu dah register Nuffnang ni sebagai publisher, namun hanya pada bulan Mac tahun 2010 baru dapat 1st time cashout. Punya lah lama kan. Jenuh menunggu nak cukupkan RM50.00 atau had minimun pengeluaran. Kalau pada zaman sekarang ini bukan lah nilai yang besar pun.
Tapi apa pun, syukur tetap syukur.ย Selepas itu daripada itu, ibu dapat terus cashout pendapatan pasif daripada Nuffnang walaupun bukan pada tiap-tiap bulan. Namun. agaknya bulan hadapan tak dapat lagi merasa duit Nuffnang sebab belum dapat cashout kerana baki masih belum mencukupi. Huhu ๐
Earning yang ibu dapat ni memang banyak bergantung pada Buffered Earning (BE), Kalau tak ada BE memang amat payah lah nak kumpul earning untuk dicashout. Untuk bulan ini masih ada satu (1) lagi BE yg sedang running. Tetapi nilainya tak ada lah banyak mana pun. Terbanyak setakat ini yang pernah ibu dapat ialah pada bulan lepas. Itu pun iklan itu bermula dari bulan Oktober 2011 lagi iaitu sebanyak RM326.23. Selama lebih 4 bulan lebih duduk menari-nari di bahagian header blog ini. Kemudian, baru lah jadi metered earning.
BACA INI :ย Perihal Nuffnang Lagi!!
Alhamdulillah, ini semua kerana ketika itu pretasi blog berada di kemuncak TETAPI nampak gaya sekarang ini semakin merudum. Hope, prestasi blog dapat meningkat semula. ๐
Okay lah, cukup lah kot cerita pfasal earning ini. Hehe, bukan apa hanya sebagai pembakar semangat sahaja. ๐
1,206 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
wahhh… tahniah ibu! dah cek yg ke-9 pun.
banyaknya satu BE boleh sampai 300++… sangat masyukkkk!
Thanks..lama jgk tu BE running sampai leh kumpul byk tu..tp x byk BE yg masyuk gitu..selalu dpt yg biasa2 je.. ๐
amboi…berjoget2 ye dpt duit, akak punya mcm tu je….dari dulu lagi akk tak peduli sgt psl nuffnang, kesian akk kan?
hehe..x pe kak..biasalah..nuffnang ni pun ada pasang surut nya..bulan depan sy pun x dapat cash out gak ni..huhu