Kulit Sihat Dengan Flavettes Effervescent Glow

Selepas 5 bulan, Ibu berkira-kira mahu menukar vitamin C jenama Blackmores yang ibu makan kepada jenama lain. Kebetulan stok vitamin C ibu pun sudah nak habis. Kali ini bukan kerana product Blackmores tidak bagus, tetapi ibu tidak mahu lagi consume vitamin C jenis yang tablet. Tak larat pula nak menelan berbiji-biji vitamin setiap hari. Kerana, selain vitamin C, ibu juga mengamalkan supplements lain seperti lecithin, fish oil dan juga folic acid. Google-google dan baca review di internet, ibu agak berminat dengan produk Flavettes Effervescent Glow. Ramai yang review, kulit sihat dengan Flavettes Effervescent Glow.

Flavettes Effervescent Glow
Flavettes Effervescent Glow 30 Biji

Jadi sebelum kehabisan bekalan vitamin C, ibu membeli Flavettes Effervescent Glow di Shopee. Sudah mencari di Guardians tetapi tiada stock selain harga lebih mahal berbanding di Shopee. Membeli belah di Shopee memang menjimatkan. Selepas membuat pesanan, hari keesokkannya, vitamin ini sudah sampai ke tangan ibu.

Kenapa ibu memilih untuk mengamalkan Flavettes Effervescent Glow ini? Pertama sekali, produk ini adalah produk 3 dalam 1. Hehe macam instant coffee pula ya!. Selain vitamin C, produk ini juga mengandungi vitamin E dan juga glutathione. Jadi, tak perlulah ibu makan banyak-banyak vitamin semata-mata untuk dapatkan kulit yang sihat. Satu produk sudah mencukupi.

Kelebihan Flavettes Effervescent Glow Untuk Kulit Sihat dan Cantik

Produk viral ini mengandungi 1000mg vitamin C, 15iu vitamin E dan 50mg glutathione. Fungsi utama adalah untuk meningkatkan sistem imunisasi badan secara tidak langsung dapat mencegah demam dan selsema. Namun, dengan gabungan vitamin E dan glutathione ini dapat menambahkan lagi fungsinya dengan menjadikan produk ini bagus dalam mensasarkan pemulihan pada sel-sel kulit terutamanya bagi mereka yang mengidamkan wajah yang cerah berseri.

Selain itu, daripada pembacaan ibu, kelebihan Flavettes Effervescent Glow berbanding produk yang sama di pasaran adalah kerana kandungan glutathione yang merupakan bahan aktif untuk menjadikan kulit tampak glowing. Dengan harga yang berpatutan, produk ini menjadi pilihan utama untuk diamalkan.

Flavettes Effervescent Glow
Tablet Larut Air

Produk ini berbentuk tablet larut air dan berperisa oren yang memudahkan ibu untuk meminumnya. Satu biji tablet dilarutkan di dalam 250 ml atau segelas air dan diminum selepas mengambil makanan berat. Jangan ambil dengan perut kosong, bimbang selera pula yang bertambah nanti. Haha. Untuk kesan pengambilan vitamin ini, belum dapat ibu kongsikan kerana ibu baru sahaja mengamalkannya. Nanti ibu akan kongsikan lagi kesan kulit sihat dengan Flavettes Effervescent Glow di dalam entri yang akan datang. 😀

 33,487 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

28 Comments

  1. Maaf yee bertanya , aspartam iyelaa gula tiruan . Tidak sesuai untuk gejala pku . Kawan saya mengalami kekejangan tiap kali demam dari baby smpai umur 6 tahun . Kekejangan tersenarai dalam gejala pku . Jadi adakah ini sesuai untuk dia ?? Dia baru mengamalkan satu tablet bila dapat tahu dia berhenti .

  2. assalamualaikum ibu , flavettes ni bole mngemukkan badan ke ? Atau bole ke makan flavettes ni sblm makan ? Ada pantang apa2 ke dan brapa gelas air nak mnum 1 hari?

  3. assalamualaikum puan.. mknanya puan dh stop mnum flavettes ni la ya.. sya baru cuba dh mcmtu takot plak rasanya nk trus kn.. ingtkn elok.. huhuuu

  4. Haii, ibu… Sepanjang ibu consumed flavette ni, ada rasa x negative side effects (disbbkan terkandung aspartame) ? Saya pon terbeli 2 botol terus ? nak buang sayang la pulak…

    • okay.. ni pengalamana saya. mgkin x sama dgn org lain. negative effect x de cuma selera makan tu macam meningkat. sblm consumed ni. saya mmg cut gula. so bila dh minum ni. mcm craving benda manis2 plak. huhu

    • hi.. clinically sy x sure.. tp pengalaman saya. bila makan vitamin ni.. meningkatkan selera makan. lagi pun dh di declared ada aspartame. sejenis gula tiruan. sy dh stop consumed. tp selera makan tetap x kurang hehe. sy pun x sure sbb consumed ini sblm ni ke atau mmg sy suka makan.. hehe.

      • Hye sis. Saya baru consume mkn vit ni. Hm tp x tahu ada gula tiruan. Btw, apa side effect gula tiruan ya ? Apa maksud hula tiruan tu ya ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*