Kali ini, ibu ingin berkongsi tentang set penjagaan wajah atau skincare yang sedang ibu guna sekarang iaitu set rangkaian penjagaan wajah Bio essence Bio-White Advanced Whitening. Sebenarnya, banyak kali juga sudah ibu share di dalam blog ini tentang produk penjagaan wajah yang pernah ibu gunakan dan yang semasa. Contohnya seperti, Safi Rania Gold, Hada Labo dan even Bio Essence Tanaka White pun pernah ibu guna. Itu baru produk yang dijual di drugstore, ada juga ibu guna produk local. Huhu. Memang ibu ini suka sangat bertukar-tukar produk untuk muka. Susah nak maintain sebenarnya, Ikut mood, kadang-kadang rajin ibu kisahkan muka. Kadang-kadang malasnya yang amat, ibu biar je muka tu tanpa pakai apa-apa.
Tetapi kali ini, Kebetulan ketika membeli set baru ini, ada diskauan 40% produk skincare di Watson. Itu yang buat ibu tertarik untuk membeli dan menggunakan semula produk ini. Reason bertukar dulupun sebab harganya yang agak mahal berbanding dengan produk Safi. Tetapi kalau diukur dari segi kesan penggunaan. Produk Bio Essence ini memang terbaik.
Ibu kembali menggunakan Bio Essence Tanaka White yang ditambahbaik dan dijenamakan semula dengan nama Bio Essence Bio White. Kenapa, ibu masih pilih produk ini walaupun pernah menggunakannya sebelum ini? Sebab, produk ini memang best. Sesuai dengan kulit ibu yang agak kering. Kalau ikutkan produk baru ini lebih mahal dari yang sebelumnya. Tapi, pejam mata sajalah. Duit boleh cari. Hehe.
Bio Essence Bio-White Tanaka + Camelia Advanced Whitening
Sebelum ini, produk Bio Essence Tanaka White Double Whitening sebelum ini mengandungi ektrak kulit kayu pokok Tanaka sebagai ejen pemutihan dan melindungi kulit daripada sinaran matahari, Tetapi kini, fomulasinya ditambahbaik dengan menggabungkannya dengan ektrak camelia. Ektrak Camelia ini dikenali sebagai penguat daya tahan kulit dan mempunyai tahap kelembapan yang tinggi yang dapat mengelakkan kulit daripada menjadi kering. Selain itu, ia juga mengandungi airbutin yang membantu kulit untuk menjadi putih berseri. Dengan menggunakan teknologi Bio Energy Complex dapat meningkatan keberkesanan bahan-bahan yang digunakan. Kiranya, gabungan dengan advanced whitening technology dan bahan-bahan semulajadi akan menjadikan kulit wajah putih berseri sepanjang masa.
Okay, seperti biasa, ibu ini, kalau bertukar produk muka memang suka beli satu set. Mujurlah ada pengurangan harga. Kalau tak jenuh juga nak membayarnya. Apa yang ibu beli?
- Bio Essence Bio-White Tanaka + Camelia Advanced Whitening Cleanser (100g)
- Bio Essence Bio-White Tanaka + Camelia Advanced Whitening Refiner (100ml)
- Bio Essence Bio-White Tanaka + Camelia Advanced Whitening Serum (30ml)
- Bio Essence Tanaka White Double Whitening Day Cream SPF20 (20g)
- Bio Essence Tanaka White Double Whitening Night Repair Cream (20g)
Nota : Ibu belum berpeluang untuk mencuba produk krim siang dan malam yang diperbaharui. Mungkin lain kali.
Cara Penggunaan Set Bio Essence Bio White Advanced Whitening
Langkah Pertama
Bio-White Advanced Whitening Cleanser
Harga Runcit : 100 gram / RM25.90
Membersih dan Memutih
- Membersih secara menyeluruh dan membantu menghilangkan kotoran tanpa mengurangkan kelembapan kulit wajah.
- Menjadikan kulit wajah kelihatan segar dan cerah.
- Memulihkan kulit yang kusam menjadi cerah berseri.
Cara Pemakaian :
- Gosok dengan air sehingga berbuih, urut perlahan-lahan pada wajah yang lembap dan bilas.
Langkah Kedua
Bio-White Advanced Whitening Refiner
Harga Runcit : 100 ml / RM41.90
Melembap dan Memutih
- Membekal nutrisi kepada kulit wajah.
- Mengecilkan liang pori dan memperbaiki tekstur kulit wajah menjadi lebih lembut.
- Membantu melawan kulit kusam dan mengekalkan kelembapan kulit.
- meningkatkan penyerapan nutrisi ke dalam kulit dan menjadikan kulit putih berseri.
Cara Pemakaian :
- Selepas membersih, pamkan ke atas kapas dan sapukan secara lembut ke seluruh wajah.
Langkah Ketiga
Bio-White Advanced Whitening Serum
Harga Runcit : 30 ml / RM99.90
Menghalang Kekusaman dan Memutih
- Membantu menghalang pembentukkan dan mengurangkan bintik hitam.
- Berkesan dalam memudar dan menghilangkan bintik hitam yang degil.
- Membantu menghalang kulit menjadi gelap
- Mengekalkan kelembapan dan kulit wajah menjadi sihat serta berkilau.
Cara Pemakaian :
- Letakkan 1-2 titik pada hujung jari kemudian sapukan pada seluruh wajah. Gunakan dua kali sehari.
Langkah Keempat
Bio-White Advanced Whitening Day Cream SPF 20
Harga Runcit : 50 gram / RM68.90
Menyubur dan Memutih
- Membekalkan kelembapan di samping mengekalkan kesegaran kulit wajah.
- Membantu melawan kulit kusam.
- Dengan tambahan SPF 20 membantu menghalang sinaran UV yang membahayakan kulit wajah.
- Memberi kulit wajah kelembutan dan warna kemerahan.
Cara Pemakaian :
- Gunakan pada siang hari. Sapu rata pada seluruh wajah.
Bio-White Advanced Whitening Night Cream
Harga Runcit : 50 gram / RM68.90
Menyubur dan Memutih
- Menambah kelembapan kulit wajah sepanjang malam.
- Membantu melawan kulit kusam dan menjadikan kulit wajah semakin berkilau.
- Membantu membaikpulih dan menyegarkan kulit wajah.
Cara Pemakaian :
- Gunakan pada malam hari. Sapu rata pada seluruh wajah.
Langkah Kelima
Bio-White Advanced Whitening Spot Corrector
Harga Runcit : 25 gram / RM75.30
Mencerahkan Bintik Hitam
- membantu mencerah dan menghalang pembentukkan bintik hitam
Cara Pemakaian :
- Selepas membersihkan wajah, sapu pada bintik hitam di wajah sebanyak dua kali sehari.
Kesan Pemakaian Rangkaian Produk Bio essence Bio-White Advanced Whitening
Ibu kembali menggunakan produk ini setelah lama berhenti. Ibu mencuba pelbagai produk penjagaan wajah, Namun di dalam banyak-banyak produk, Bio essence adalah yang paling sesuai dengan ibu. Sebelum ini, ibu ada cuba menggunakan produk Nutox tetapi agak tidak sesuai kerana kulit ibu menjadi kering dan sedikit menggelupas. Sebenarnya, ibu tidaklah mempunyai kulit yang bermasalah, Kira, kulit wajah ibu ini lebih kepada jenis normal tapi kering.
Apabila ibu memakai produk ini, kulit wajah ibu lembap dan tidak kering. Tiada penggelupasan terjadi. Kulit wajah juga tidak terasa pijar seperti ibu memakai produk Garnier Sakura lama dulu. Selain itu, tona kulit ibu semakin sekata. Kalau dulu seperti ada garis di bahagian yang terlindung dengan tudung. Kini makin kurang. Bukanlah kata, kesannya ketara sangat, tapi ibu dapat rasakan perubahannya. Dark spot juga makin pudar walaupun masih lagi perlu ditutup dengan menggunakan foundation. Alah, kulit orang yang dah masuk 4 series, pasti perubahannya agak lambat berbanding dengan kulit anak remaja kan.
23,069 jumlah dibaca, 3 dibaca hari ini
As salam.Agak2 pigmentasi sesuai tak.Saya baru nk cuba dia punya serum utk pudarkan pigmentasi.Terima kasih