Pengalaman Menggunakan Produk Bio-Essence Tanaka White

Kira-kira sudah sebulan ibu mencuba produk ini. Beli gaji bulan 2/2017 dan ini sudah nak dapat gaji 3/2017. Sekejap je masa berlalu :p. Sebenarnya, sebelum mencuba produk ini, sudah banyak produk-produk penjagaan  wajah yang ibu sudah cuba. Kesan? Ada yang berkesan dan ada juga yang tidak. Sebelum ini set produk penjagaan wajah yang ibu pernah cuba adalah seperti Nano White, Simplysiti, Garnier, NV, Nuriz Kosmetik, Dnarz, Vida Beauty dan lain-lain lagi. Dan, yang terbaru adalah produk Bio-Essence Tanaka White.

review produk bio-essence tanaka white
Skincare Bio Essence Tanaka White (Double Whitening)

Ibu memang suka terus beli satu set. Sebab nak cuba semua produk yang ada.

  1. Bio-essence Tanaka White – Double Whitening Cleansing Form
  2. Bio-essence Tanaka White – Double Whitening Clarifying Softener
  3. Bio-essence Tanaka White – 4X Intensive White Serum
  4. Bio-essence Tanaka White – Double Whitening Day Cream SPF20
  5. Bio-essence Tanaka White – Double Whitening Renewal Night Cream

Kalau iku hati sebenarnya nak mencuba yang set gold tu tapi harganya mak aih..

BACA INI : Set Percubaan Nouvelles Visage (NV)

Yang set Tanaka White ini pun sudah cecah lebih RM130.00. Ada ibu beli secara berasingan dan ada yang secara set promosi. Kalau semua beli set berasingan lagi lah mahal. Tapi nak jaga muka punya pasal turutkan sahaja lah kan.

Cara Penggunaan Produk

set penjagaan wajah bio-essence tanaka white double whitening
Langkah Penggunaan

Langkah-langkah penggunaan produk ini adalah seperti gambar di atas.

Gigihkan juga ikut langkah-langkah penggunakannya. Kalau dulu sangat malas nak guna masa malam. Selalu tertidur tanpa tempek apa-apa pun kat muka. Tapi kali ini, kena tekad lah..nak muka putih punya pasal hehehe…

Walaupun masih terlalu awal…tapi boleh lah ibu kongsikan kesannya serba sedikit. Sepanjang sebulan penggunaan produk ini, ibu dapat rasakan juga kesan awal ya. Kulit muka rasa lebih licin. Kesan gelap di wajah mula pudar walaupun masih belum hilang sepenuhnya. Kulit lebih lembap dan tidak kering. Buat masa ini ibu agak berpuas hati dengan kesannya.

 51,994 jumlah dibaca,  5 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

11 Comments

  1. Hi…terima kasih kepada blogger ini untuk membenarkan saya untuk pos di sini. Saya nak let go tanaka day cream kerana baru sedar nahava saya allergic dengan product ini. Baru guna dekat seminggu, 95% ada lagi. Nak let go murah2 je. Saya juga ada barangan Nano white. Berminat sila call or watsapp 012 2176378 ?

  2. Hye ibu Mifzal .. sya Vivian .. berasal dri Kuching , Sarawak .. sya pun bru sahaja menggunakan produk ini .. sngat² berpuas hati dgn produk ini .. muka pun kurang berminyak .. sya beli produk ni sebulan yg lepas .. wlaupun bru menggunakan produk ni , kesan dia sngt positif .. muka rsa lembut dan licin .. dan tiada lgi berminyak ? oh ibu , lpa nk tnya .. serum tu mcm mne gune ? Sbab sya blum lgi beli serum tu ?

    • betul produk ni sgt best. Serum tu pun best sgt. buat kulit lebih lembut dan kalau x silap berfungsi jgk utk hilangkan bintik2 hitam pada wajah. disarankan guna juga serum utk result yang lebih baik..

  3. Assalamualaikum.

    Akhirnya jumpa juga review tentang produk Tanaka White ni.
    Tapi sebenarnya saya mencari review untuk Tanaka Bio-white.
    Improved set tu.
    Tapi yang ni pun dah membantu.
    Saya dah cuba pakai set 24k Bio gold.
    Saya bertukar kepada Bio essence, sebab nak rawat kulit muka akibat setengah tahun pakai set bermerkuri 🙁
    Dah masuk 3 bulan saya pakai set Bio essence,
    Alhamdulillah memang berpuas hati utk treatment. Kesannya takde la drastik macam produk merkuri tu.
    Tapi as far as saya pakai, saya boleh recommend set 24k Bio gold. Boleh nampak kulit muka lebih halus.
    Jerawat pasir di dahi hampir hilang 100 peratus.
    Wrinkles kat celah2 mata, bibir pun terus terang saya rasa mcm dah berkurang. Product yg paling saya recommmend, 24k Bio-gold water. Serius sedap pakai. Jimat pulak tu.
    Cumanya, sekarang hati berbolak balik kerana berminat sangat dengan set terbaru Tanaka Bio-white.
    ye la kan, bila dengar ‘white’ ni, hati perempuan memang cepat terusik. Hihi…
    Lagipun, tak tau kenapa, mind set saya, set 24k Bio gold tu lebih pada anti-ageing.
    Tanaka Bio-white ni lebih pada whitening. Sebab tu saya nak cuba yg ni pula.
    So, habis cleanser 24k Bio gold, saya dah pun beli cleanser Tanaka Bio-white. Baru seminggu pakai. Tapi, cream siang dan malam masih 24k Bio gold.
    Kiranya, sekarang saya tengah mix product la, cuma sama brand.
    Saya nak tengok, kalau cleanser ni berkesan, saya nk tukar pada Tanaka Bio-white slowly.

    Sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman 🙂

    • HAI DEAR.. SAYA PENGGUNA BIO WHITE TANAKA IMPROVED SET.. SGT BEST.. SAYA PUN BERTUKAR DR SET MERKURI KE BIO ESSENCE NI SBB DA MALAS NAK BAZIR DUIT PADA SET YANG MCM TU.. BAIK BELI KAT FARMASI MCM NI,.. SGT BEST SIS… JER2 SAYA PUN SENANG KECUT N SEMUA NAIK YG COMEL2 JE.. XMCM DULU NAIK KASAR N GEMUK2.. PASTU DA LEBIH SEBULAN GUNA… JER2 DA SUSAH NAK NAIK N PORES PUN MAKIN KECIL. SAMPAI OPISMATE RTEGUR MUKE LAIN N NMPAK PLOLES DARI DULU,.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*