Lama dah teringin nak buat donut sendiri. Biasakan beli sahaja. Mujur kawan ibu ada kongsikan resipi donut gebu di Whatsapp group kami. Jadi hajat dihati pun tercapai. Memang gebu pun donut ini. Sedap pun sedap. Kalau rajin memang boleh jual. Thanks pada kawan ibu yang kongsikan resipi ni. Dan, pada owner resipi. Minta halal ya resipi ini. Memang sedap dan gebu donut yang dibuat. Hehe.
Okay, jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara membuatnya.. Resipi ini simple aja..bahan-bahan pun memang dah ada di rumah.
BACA INI : Resipi Sambal Hitam Belimbing Buluh (Sambal Hitam Pahang)
Resipi Donut Gebu
Bahan A :
1 Paket Yis Mauripan
2 Sudu Besar Susu Pekat
1 Cawan Air Suam
2 Sudu Besar Gula
Bahan B :
4 Cawan Tepung Gandum
2 Sudu Besar Marjerin
2 Sudu Teh Serbuk Penaik
1 Sudu Teh Garam
Cara Membuatnya :-
1. Campurkan semua bahan A di dalam bekas / cawan. Biarkan sehingga berbuih
2. Campurkan bahan B dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti
3. Campurkan bahan A dan bahan B dan gaul rata.
4. Tutup adunan selama sejam.
5. Tumbuk atau uli adunan untuk membuang angin.
6. Canai adunan menjadi bentu donut dan biarkan 30 minit kemudian goreng.
7. Donut yang telah digoreng digaul dengan gula atau dibubuh topping.
1,578 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
lebih suka makan donut jenis yang gebu daripada jenis yang kurus dan keras tu.
Petang-petang dapat makan donut memang best ni. Kena pulak dengan teh o panas. Hehe