Produk Qu Puteh Whitening Pro 9 Berbahaya?
Ibu terbaca di media sosial mengenai berita arahan penarikan balik produk Qu Puteh Whitening Pro 9 keluaran Vida Beauty yang disahkan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri yang berbahaya kepada kesihatan pengguna. Kenyataan akhbar telah dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagus juga KKM buat pengujian ke atas produk-produk komestik yang berlambak di pasaran. Sekurang-kurangnya penguna boleh menggunakan info yang ada untuk lebih berhati-hati memilih produk-produk kecantikan yang pelbagai jenis dan jenama. Ini untuk mengelakkan kesan yang bahaya kepada kesihatan pengguna.
Para pengusaha juga perlu lebih prihatin mengenai keselamatan produk yang dijual. Produk-produk yang hendak dijual ke pasaran sepatutnya melalui pengujian tertentu untuk memastikan produk-produk tersebut selamat untuk dijual dan digunakan oleh pengguna.
Selain Malaysia, negara Brunei juga telah mengharamkan penjualan produk ini terlebih dahulu.
kena hati-hati lepas ni nak beli apa2 produk.
Jom baca entri di blog semak saman : Semak Saman Trafik PDRM dan JPJ Online