Resipi Sambal Hitam Belimbing Buluh (Sambal Hitam Pahang)
Hari ini, ibu nak share resipi makanan kegemaran ibu. Resipi sambal hitam belimbing buluh. Memang gemar sangat-sangatlah. Sebelum ini tak pernah cuba masak sendiri. Beli sahaja dengan kawan. Tapi kali ini, ibu cuba masak sendiri. Kebetulan pula, ada stok belimbing buluh yang Abah Mifzal bawa balik.
Sambal hitam belimbing buluh ini, kalau dimakan dengan nasi yang panas, memang orang cakap mak mentua lalu pun tak angkat kepala. Hehe. Sedap sungguh. Ibu mula-mula kenal dengan masakan ini ketika ibu mula bekerja di Kuala Lipis, Pahang. Kawan serumah yang kenalkan. Pertama kali rasa, ya Allah sedapnya. Memang makan nasi bertambah-tambah.
Jom, ibu kongsikan resipi sambal hitam yang ibu dah masak ini.
Resipi Sambal Hitam Belimbing Buluh (Sambal Hitam Pahang)
Bahan – bahan :
500 gm Belimbing Buluh
7 biji Bawang Merah
5 biji Bawang Putih
15 tangkai Cili Padi (boleh lebihkan atau kurangkan ikut kepedasan yang dikehendaki)
1 cawan Ikan Bilis
Minyak masak
Garam
Gula
Cara Membuat :-
1. Belimbing buluh dibersihkan dan direbus sehingga warna bertukar menjadi sedikit gelap.
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi.
3. Kisar atau tumbuk kasar ikan bilis.
4. Tumis bahan kisar dan masukkan ikan bilis dan belimbing buluh yang telah direbus.
5. Kemudian masukkan garam dan gula
6. Kacau sehingga kering
BACA INI : Resipi Burger ‘Homemade’
Dek kerana ibu gemar dengan sambal hitam pahang ini, ibu minta Abah Mifzal, tanamkan pokok belimbing di tepi laman rumah kami. Senang, bila berbuah nanti, ibu boleh masak sendiri sambal ini. Lagi pun resipinya tak susah mana pun. Bahan-bahan pun senang hendak dicari di pasar.
Okay, kepada kawan-kawan yang membaca blog ibu ini, jangan lupa mencubanya. Sambal yang masam-masam pedas. 😀
saya pernah makan ni sekali je.. itupun sebab beli dengan kawan..
Jom baca entri di blog Siti Badariah Baharin : Tukar Duit Raya Anak Kepada Emas
baru baca jer dah kecur liur nie… kena buat juga nie… terima kasih yer 😀
Jom baca entri di blog yangbaik : Hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban
belimbing buluh dengan belimbing biasa sama ke ??
tenkiuu!! Ya Allah baru je order dgn kwn sambal ni. Suruh buat pedas2 skit..next time boleh buat sendiri pulak 🙂
Jom baca entri di blog Aniey Yusoff : Inilah 13 Sebab Kenapa Set Bersalin Semulajadi Ini Menjadi Pilihan Ibu-ibu Di Malaysia
Belum pernah rasa dan nampak sedap. 🙂
Jom baca entri di blog akubiomed : Garment steamer Salav membuatkan menggosok baju tidak lagi membosankan