Beriklan Dengan Komli Pula :)

Akhirnya, permohonan untuk beriklan dengan Komli diterima. Dulu, Komli ni dikenali sebagai Admax. Sekarang dah tukar nama Komli selepas diambil alih oleh Komli Media. Ibu pun baru tahu ni. Sebelum ini dah banyak kali juga mohon untuk beriklan dengan Admax, tapi langsung tiada maklum balas. Bila baca kat blog Ajumohit [dot] Com, baru lah dapat link baru untuk register komli ni.

Beriklan Dengan Komli

Lama juga permohonan ibu diproses. Lebih 3 minggu. Selepas berbalas email dan mengisi borang keahlian, akhirnya ibu diberi script iklan pada 7 Disember 2012. Dek semangat, terus pasang script itu di blog, walhal belum ada lagi campaign ads yang diterima. hehe. Baru semalam dapat 1 campaign ad. Tapi tempoh iklan tu pula, tahun depan baru start..hehe. Tak apa lah, harap hari-hari mendatang, makin bertambah iklan yang ditawarkan.

Beriklan Dengan Komli

Kiranya, bagi ibu, Komli ini pengubat kecewa selepas hampir 6 kali ditolak permohonan oleh Innity yang kononnya, blog ibu tak kena dengan content &Β niche blog yang mereka nak. Sob..sob..sob.

Konsep Komli lebih kurang macam Innity lah juga, boleh reject, hold iklan yang kita tak nak. Tak macam Google Adsense atau Nuffnang. Dan, info yang ibu dapat dari pembacaan di blog-blog yang dah guna iklan Komli @ Admax ini, banyak ditawarkan iklan CPM berbanding CPC. Kalau dengan Nuffnang, jenuh menunggu iklan CPM ini atau CPUV @ BE. Kadang, berbulan-bulan tak ada BE kan..kan!!

Syarat kelayakkan untuk mohon Komli ini, tidak dinyatakan dan mungkin tidak dihadkan ada Unique Visitor dan Pageviews tertentu seperti Innity.

Jadi, kepada yang berminat untuk Β beriklan dengan Komli Media ini, boleh daftar di

http://www.komli.com/sea/content/register-our-publisher

Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman Komli

ps : Iklan Komli tidak boleh dipasang bersekali dengan iklan Nuffnang ya, nanti status glitterati tu akan hilang πŸ™‚

 1,673 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

28 Comments

  1. Woo komli itu situs periklanan terbesar di asia tenggara ya?
    saya baru dapat informasi bahwa situs komli merupakan PPC terbaik πŸ™‚

  2. hahahah blog saya pun baru try pakai komli.. nuffnang pilih kasih.. so tukar ke komli.. 2 minggu jugak baru dapat πŸ™‚

  3. Salam.. dianan pun baru je berjinak2 dengan komli setelah merajuk dengan nuff….masih banyak perlu belajar ni πŸ˜€

  4. Komli ni admax rupanya. innity sekarang dah agak kureng. kecuali bagi blog yg ada niche tertentu. baru beralih semula ke nuffnang, tapi tengok pada gaya mungkin nak cuba komli. nampak lagi menarik daripada nuffnang

  5. Saya sampai ke sudah tak pernah dapat BE daripada Nuffnang. Semalam baru memberanikan diri apply Innity. Tak tahu la lepas ke tak tu. Macam menarik je Komli ni kan. Tahniah ibu Mifzal sebab permohonan Komli berjaya.

    • thanks aju.. mujur aju share..kalau x mmg x tau psl komli ni..

      oo..patut la iklan x kuar 2 juga wal hal dah ada campaign ads yg tgh running..ada 3 tp 1 pun belum muncul..huhu..x sabar nak tgk iklan komli muncul di blog..lambat tul..2 minggu lg dah tamat temppoh iklan plk..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*