Keputusan Peperiksaan Semester 4 (Julai 2012/2013)


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, Syukur kepada-Mu Ya Allah.

Lega perasan ibu yang tak keruan 2-3 hari kebelakangan. Akhirnya, hari ini, keputusan peperiksaan akhir semester lepas (Semester Julai 2012/2013 UUM PLK) telah pun diketahui. Berdebar hati semasa membuka portal UMIS UUM pagi tadi. Keputusannya tidak terduga. Lebih baik dari apa yang ibu jangkakan. Alhamdulillah, syukur.

semester julai 2012/2013 UUM PLK

Ini kali kedua ibu dapat result PMS @ GPA sebegini. Kali pertama dulu ketika keputusan peperiksaan semester 1. Sekali gus, melayakkan ibu sekali lagi untuk menerima Anugerah Dekan. Syukur, diberi nikmat ini.

Gembira lagi, bila PMK @ CGPA Keseluruhan naik, walaupun kenaikkannya cuma 0.06 sahaja tetapi sangat bermakna. Dan, Ibu harus berusaha lebih keras selepas ini untuk memastikan PMK @ CGPA ibu terus meningkat dan kekal di Kelas Pertama. Aduhai, sangat berat rasanya tugas ini. Doakan ibu ya 🙂

ps : Tahniah, juga buat rakan-rakan sekelas ibu, penat lelah kita semester lepas membuahkan hasil, alhamdulillah.

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


17 Responses

  1. rajespari berkata:

    Pointer dekan UUM 3.5 ke?

  2. serojaputih berkata:

    Salam….
    Saya penuntut PLK UUM intake april 2013.
    Baru dpt keputusan mid sem. Lepas raya akan final exam.
    Nak tanya kalau kita dpt keputusan mid sem lingkungan 30-50/60 untuk mid sem …boleh score A tak bila finale nnt.
    Saya amik couse BPM jgak…
    Advice please….

  3. ajumohit berkata:

    tahniah ibu, mmg pandai baagikan masa utk kerja, study, surirumah n blogger!!! cayalah
    Jom baca entri di blog ajumohit : Tonton Adam Dan Hawa Episod 61 ~ 64My Profile

  4. akubiomed berkata:

    Bukan seorang ibu pada sama belajar. Tanniah bakal dapat anugerah Dekan. 😉

  5. Arrazi berkata:

    Tahniah. Cantik keputusannya. Semuanya A sahaja. Selamat berjaya puan.
    Jom baca entri di blog Arrazi : 7 Teknik Berkesan Menguasai Bahasa Asing Dalam Masa 6 BulanMy Profile

  6. Jebeng Otai™ berkata:

    tahniah..kene usaha gigih ag ni..hehe

  7. ohcikgu berkata:

    wahh..tingginya pointer dia..mesti kaki stadi ni..
    Jom baca entri di blog ohcikgu : Segmen Review Sesama BloggerMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge