Beriklan Dengan Google Adsense


Kawan-kawan perasan tak, sejak seminggu lepas, blog ini sudah tak beriklan dengan Nuffnang dah. Kenapa? Saja sebenarnya. Macam dah boring pula dengan Nuffnang (merajuk kot sbb earning ciput, hehe mata $$$$). Tapi, disebabkan ibu hendak beriklan dengan Google Adsense. Sebenarnya, Ibu sudah lama mempunyai akaun Google Adsense. Sejak mula-mula berjinak dengan dunia blogging. Lebih kurang tiga tahun lepas.

Beriklan Dengan Google Adsense

Iklan AdChoices

ibu jarang ambil kisah sebab masa apply dulu dengan blog Bahasa Inggeris. Akaun Google Adsense memang tak approved if apply dengan menggunakan blog berbahasa Melayu. Jadi, ibu saja-saja apply dan selepas itu tak ada komitmen nak update blog berbahasa Inggeris. Disebabkan. ibu lebih menumpukan blog ini. Kerana blog ini berbahasa Melayu, jadi ibu hanya guna Nuffang sebagai platform untuk menjana pendapatan online.

Sekarang pula, dengan sedikit eksperimen, ibu mencuba nasib dengan Google Adsense. Godek-godek sedikit, maka menari-narilah iklan Adsense di laman blog ini. 😀

Prestasi Beriklan Dengan Google Adsense

Prestasi dengan Google Adsense pula agak okay. Dalam seminggu ini letak dapat lah dalam USD4.00. Agak baik sebenarnya untuk permulaan. Mari kita congak-conngak. Kalau USD4.00 seminggu darab dengan matawang Ringgit Malaysia dah dapat RM12.00. Wow! kalau dengan Nuffnang, mana nak dapat seminggu RM12.00, kalau ada buffered earning mungkin boleh lah tetapi kalau harapkan click sahaja, seminggu nak dapat RM0.50 pun susah.

Tetapi kan, Google Adsense ini bila dipaparkan dalam blog berbahasa Melayu, maka iklan-iklan yang muncul adalah banyak iklan-iklan mengenai produk Malaysia. Dan, kebanyakan iklan-iklan ini adalah iklan yang murah dan tak banyak dapat generate earning. Tapi, tak mengapalah. ini juga sudah cukup banyak bagi ibu. Alhamdulillah.

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


5 Responses

  1. Sara berkata:

    hehehe tahniah ibu 🙂
    Jom baca entri di blog Sara : Sinopsis Surat Dari Langit Biru Slot Samarinda Tv3My Profile

  2. sara berkata:

    innity mmg susah..tp kalau dh dapat mmg masyuk..sy pun tgh tnggu cukup syarat ni ibu..hehehe
    Jom baca entri di blog sara : Tiada jaminan lagi saya akan berkahwin dengan Dia – Diana AmirMy Profile

  3. Jamal berkata:

    Takpe, thanks untuk explanation tue..

  4. Jamal berkata:

    Jamal nak tanye nie..boleh ke letak iklan Google Adsense bersama dengan iklan Innity dalam satu blog. Sesiapa yang pernah cuba harap boleh bantu ye.

    Takut kalau dah letak nanti kena banned dengan google adsense pulak, rugi tue..

    Oil and Gas Blog

    • Ibu Mifzal berkata:

      sy x sure la en jamal.sbb sy x de akaun innity..5 kali apply still kena reject gak..kalau ikutkan innity mmg x de masalah pasang nga iklan apa2..n setahu sy..google ni x leh psg iklan yg bentuk cam ia jugak..iklan teks tuh..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge