Site icon Blog Ibu Mifzal

Beriklan Dengan Google Adsense

Kawan-kawan perasan tak, sejak seminggu lepas, blog ini sudah tak beriklan dengan Nuffnang dah. Kenapa? Saja sebenarnya. Macam dah boring pula dengan Nuffnang (merajuk kot sbb earning ciput, hehe mata $$$$). Tapi, disebabkan ibu hendak beriklan dengan Google Adsense. Sebenarnya, Ibu sudah lama mempunyai akaun Google Adsense. Sejak mula-mula berjinak dengan dunia blogging. Lebih kurang tiga tahun lepas.

Iklan AdChoices

ibu jarang ambil kisah sebab masa apply dulu dengan blog Bahasa Inggeris. Akaun Google Adsense memang tak approved if apply dengan menggunakan blog berbahasa Melayu. Jadi, ibu saja-saja apply dan selepas itu tak ada komitmen nak update blog berbahasa Inggeris. Disebabkan. ibu lebih menumpukan blog ini. Kerana blog ini berbahasa Melayu, jadi ibu hanya guna Nuffang sebagai platform untuk menjana pendapatan online.

Sekarang pula, dengan sedikit eksperimen, ibu mencuba nasib dengan Google Adsense. Godek-godek sedikit, maka menari-narilah iklan Adsense di laman blog ini. 😀

Prestasi Beriklan Dengan Google Adsense

Prestasi dengan Google Adsense pula agak okay. Dalam seminggu ini letak dapat lah dalam USD4.00. Agak baik sebenarnya untuk permulaan. Mari kita congak-conngak. Kalau USD4.00 seminggu darab dengan matawang Ringgit Malaysia dah dapat RM12.00. Wow! kalau dengan Nuffnang, mana nak dapat seminggu RM12.00, kalau ada buffered earning mungkin boleh lah tetapi kalau harapkan click sahaja, seminggu nak dapat RM0.50 pun susah.

Tetapi kan, Google Adsense ini bila dipaparkan dalam blog berbahasa Melayu, maka iklan-iklan yang muncul adalah banyak iklan-iklan mengenai produk Malaysia. Dan, kebanyakan iklan-iklan ini adalah iklan yang murah dan tak banyak dapat generate earning. Tapi, tak mengapalah. ini juga sudah cukup banyak bagi ibu. Alhamdulillah.

 793 jumlah dibaca,  7 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version