Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Alhamdulillah, Syukur kepada-Mu Ya Allah.
Lega perasan ibu yang tak keruan 2-3 hari kebelakangan. Akhirnya, hari ini, keputusan peperiksaan akhir semester lepas (Semester Julai 2012/2013 UUM PLK) telah pun diketahui. Berdebar hati semasa membuka portal UMIS UUM pagi tadi. Keputusannya tidak terduga. Lebih baik dari apa yang ibu jangkakan. Alhamdulillah, syukur.
Ini kali kedua ibu dapat result PMS @ GPA sebegini. Kali pertama dulu ketika keputusan peperiksaan semester 1. Sekali gus, melayakkan ibu sekali lagi untuk menerima Anugerah Dekan. Syukur, diberi nikmat ini.
Gembira lagi, bila PMK @ CGPA Keseluruhan naik, walaupun kenaikkannya cuma 0.06 sahaja tetapi sangat bermakna. Dan, Ibu harus berusaha lebih keras selepas ini untuk memastikan PMK @ CGPA ibu terus meningkat dan kekal di Kelas Pertama. Aduhai, sangat berat rasanya tugas ini. Doakan ibu ya 🙂
ps : Tahniah, juga buat rakan-rakan sekelas ibu, penat lelah kita semester lepas membuahkan hasil, alhamdulillah.
2,180 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini
Pointer dekan UUM 3.5 ke?
ya. untuk dapat sijil dekan perlu pointer 3.5 ke atas. manakala untuk dapat 1st class honour kena dpt pointer 3.67 ke atas
Salam….
Saya penuntut PLK UUM intake april 2013.
Baru dpt keputusan mid sem. Lepas raya akan final exam.
Nak tanya kalau kita dpt keputusan mid sem lingkungan 30-50/60 untuk mid sem …boleh score A tak bila finale nnt.
Saya amik couse BPM jgak…
Advice please….
wslm…
utk score A..kebiasaannya markah carry marks 40 lbh ke atas diperlukan..kerana final hanya menyumbang 40 markah sahaja. untuk A markah adalah 80 – 89 dan A+ dari 90 – 100.
tahniah ibu, mmg pandai baagikan masa utk kerja, study, surirumah n blogger!!! cayalah
terima kasih aju. berat juga nak bahagikan masa ini. tp kena kuatkan semangat 🙂
Bukan seorang ibu pada sama belajar. Tanniah bakal dapat anugerah Dekan. 😉
thanks 🙂
Tahniah. Cantik keputusannya. Semuanya A sahaja. Selamat berjaya puan.
thanks..sy pun x jangka result sebegini..syukur sangat. 😀
tahniah..kene usaha gigih ag ni..hehe
thanks..itu la..mmg kena struggle lg..huhu
wahh..tingginya pointer dia..mesti kaki stadi ni..
uhuk..bukan kaki studi…last minit study gak ni..huhu