Site icon Blog Ibu Mifzal

Keputusan Peperiksaan Semester 4 (Julai 2012/2013)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, Syukur kepada-Mu Ya Allah.

Lega perasan ibu yang tak keruan 2-3 hari kebelakangan. Akhirnya, hari ini, keputusan peperiksaan akhir semester lepas (Semester Julai 2012/2013 UUM PLK) telah pun diketahui. Berdebar hati semasa membuka portal UMIS UUM pagi tadi. Keputusannya tidak terduga. Lebih baik dari apa yang ibu jangkakan. Alhamdulillah, syukur.

Ini kali kedua ibu dapat result PMS @ GPA sebegini. Kali pertama dulu ketika keputusan peperiksaan semester 1. Sekali gus, melayakkan ibu sekali lagi untuk menerima Anugerah Dekan. Syukur, diberi nikmat ini.

Gembira lagi, bila PMK @ CGPA Keseluruhan naik, walaupun kenaikkannya cuma 0.06 sahaja tetapi sangat bermakna. Dan, Ibu harus berusaha lebih keras selepas ini untuk memastikan PMK @ CGPA ibu terus meningkat dan kekal di Kelas Pertama. Aduhai, sangat berat rasanya tugas ini. Doakan ibu ya 🙂

ps : Tahniah, juga buat rakan-rakan sekelas ibu, penat lelah kita semester lepas membuahkan hasil, alhamdulillah.

 1,997 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version