Doakan Mifzal Arsyad Ibu Lekas Sembuh!!


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ini, ibu berkerja semula setelah bercuti semalam..ibu dan Mifzal Arsyad sama-sama tidak sihat..ibu selesema dan batuk, Mifzal Arsyad pula demam, selesema, batuk & lelah..kondisi Mifzal Arsyad teruk sedikit sbb ada lelah..

alhamdulillah..selepas mendapat rawatan dari klinik panel dan klinik kerajaan, lelah dan demam mifzal beransur ok..cuma skang masih batuk dan selesema..hari ni Mifzal Arsyad bersekolah semula setelah dua hari tidak ke taska..w/pun berat hati nak hantar sbb Mifzal Arsyad sbb belum sembuh sepenuhnya..tp ibu terpaksa juga..sbb ibu dapat MC pun sehari je..hari ni kene kerja..nak sambung cuti..cuti tinggal 2 hari je lg..simpan utk hujung bulan 10 ni..adik ibu kahwin..

ibu pula..masih selesema dan batuk..mujur x demam..kalu ibu pun demam..jawabnya melepek gak la..namun kena selesema n batuk ni pun dah buat badan rs sakit2 dan x larat..tp ibu leh manage lg…yg ibu paling kesian n risau adalah Mifzal Arsyad..harap sgt lekas sembuh..x sanggup nak tgk Mifzal Arsyad batuk-batuk..kalau ibu batuk pun rs perit sgt kat tekak n dada..apatah lg budak sekecil Mifzal Arsyad ni..kalau la sakit tu boleh dipindahkan..biar je ibu yg tanggung kesakitan tu..asalkan anak ibu sihat.. :'(

Gambar : Tidur Mifzal Arsyad x berapa lena disebabkan batuk dan lelah..nak tidur pun terpaksa tinggi kan bantal..

anak demam

Posted from WordPress for Android



Jom Kongsi!

Related Posts:

562 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge