3 Tahun Dari Sekarang


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Jenuh mengumpul mood blogging, baru sekarang hadir. Berehat beberapa hari daripada menjenguk blog kadang-kadang blog mematikan idea yang sedang bercambah. Kadang-kadang juga, ibu ada terfikir sejauh mana IbuMifzal.Com ini boleh berjaya dalam dunia blogging dengan mood blogging ibu yang kadang surut dan kadang pasang ini?

3 tahun dari sekarang? banyak yang ibu impikan dengan IbuMifzal.Com ini. Semestinya, ibu inginkan blog ini berjaya seperti blog-blog yang sudah lama berjaya. Bagi ibu, penanda aras untuk melihat sesuatu blog itu berjaya adalah dengan melihat pencapaian trafik yang banyak, ranking yang tinggi, pembaca setia yang ramai dan pendapatan lumayan yang dapat dijana melalui blog. 

Mungkin masih ada yang belum perasan, sebelum ini, ibu menggunakan domain keluarga-mifzal-arsyad.com dan sekarang ibu sudah beralih ke domain IbuMifzal.Com. Peralihan domain blog ini adalah di atas sebab-sebab tertentu. Dan, salah satu sebabnya adalah kerana domain Keluarga-Mifzal-Arsyad.com itu terlalu panjang.

Sebelum beralih kepada IbuMifzal.Com, Keluarga-Mifzal-Arsyad.Com sudah ada mencapai penanda aras yang ibu inginkan dalam berblogging. Antaranya, pernah mendapat lebih 500 ribu pageviews &  lebih 70 ribu unique visitors dalam masa sebulan serta pendapatan melebihi RM700 sebulan dengan hanya berblog. Namun pendapatan itu bukan lah dapat tiap-tiap bulan. Walaupun, pencapaian itu, tidak lah sehebat mana, tapi masih boleh dibanggakan pada blogger picisian seperti ibu ini kan.

Tapi sekarang ni, bila dah tukar domain baru, blog pun seperti baru lah, walaupun dah import semua entri dari server domain lama. Untuk mengembalikan kegemilangan domain lama…eceh..kegemilangan tu..hehe, ibu perlu bermula dari bawah semula. Kalau domain lama boleh maju dalam masa 4 tahun, ibu letak target domain baru ni untuk menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang dalam masa 3 tahun je.. x banyak beza tahunnya.. tapi disebabkan ibu ni banyak komitmen sebagai isteri, ibu, pekerja gomen dan part time student, ibu tak dapat bagi masa yang banyak untuk berblog. Dapat curi-curi sedikit masa di pejabat dan di rumah pun jadi lah kan..

So, langkah pertama ibu perlu set kan target. Selepas 3 tahun dari sekarang, ibu inginkan pencapaian IbuMifzal.Com dalam masa sebulan seperti ini  :-

Pageviews = > 600,000

Unique Visitors = > 80,000

Alexa Rank = < 100,000

Google Page Rank = > 3

Pendapatan daripada blog = > RM 1,500.00

Agak-agak mampu tak capai? Caiyok ibu. Insya Allah, jika kena dengan usaha boleh berjaya kan. Ibu tidak mahu meletakkan target yang terlalu tinggi dari apa yang pernah ibu capai semasa dengan domain Keluarga-Mifzal-Arsyad.Com kerana risau yang diimpikan tak menjadi kenyataan. Terlalu meletakkan harapan yang tinggi pun susah juga jika tidak disertakan dengan usaha yang setimpal. Apa pun, harapan ibu, semoga blog IbuMifzal.Com sentiasa sukses.

ps : Entri ini ditulis untuk berkongsi impian ibu dengan para pembaca di samping memenuhi syarat penyertaan contest Eizil.Com



Jom Kongsi!

Related Posts:

177 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


10 Comments

  1. Pingback: Eizil.Com : Cadangan & Kritikan Penambahbaikkan? | Ibu Mifzal Arsyad™