Pertama Kali Dapat Lebih 500000 Pageviews

Hoho, ibu sangat-sangat teruja. Sebab? Ini adalah pertama kalinya blog ini dapat mencapai angka lebih setengah juta pageviews dalam masa sebulan. Lebih 500000 pageviews ini dicapai pada bulan lepas iaitu bulan Oktober 2011.

blog lebih 500000 pageviews
Data daripada Awstat Cpanel

Angan-Angan Jadi Kenyataan

Ketika dulu kala, berblog sejak 3 tahun yang lepas, ibu tidak pernah terfikir pun trafik blog ini mampu mencecah lebih 100k pageview sebulan. Apatah lagi berangan-berangan hendakkan lebih 500000 pageviews dalam tempoh sebulan. Tak masuk akal rasanya. Namun kali ini dapat merasa juga. Walaupun, ibu tidak tahu berapa lama trafik sebegini mampu bertahan. Ya lah, perlu kerajinan sebenarnya dalam dunia blogging ini. Dan, ibu pula tak berani jamin sebab kerajinan ibu ini selalu ada pasang surutnya.

Permainan SEO Punca lebih 500000 Pageviews

Nampaknya, permainan SEO kali ini membuahkan hasil. Kelebihan trafik bagi bulan lepas adalah disebabkan oleh keyword bajet 2012. Memang betul-betul hangat keyword tersebut. Ia merupakan trending dan isu semasa. Ramai yang ingin tahu tentang bajet kewangan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia ingin mengetahui intipadi bajet, jadi ramai yang mencari infonya di internet.

BACA INI : Susahnya Nak Capai Target Pageviews

Apa pun ibu sangat gembira kerana usaha untuk meningkatkan trafik blog tercapai. Dan, jangan salah faham niat hati. Entri ini sekadar pembakar semangat dalam dunia blogging.

 

 994 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*