Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.
Semalam, entah macam mana datang semangat nak mencuba resipi yang ibu cilok dari myresipi.com. Jadi, tengahari itu ibu keluar ke pekan Tapah untuk membeli semua barang yang diperlukan. Ibu memang cari resipi yang jer simple sahaja sebab nak membaking ke apa ke, sila maklum yang ibu tak ada oven dan peralatan membaking yang lain. Hehe. Tak mampu nak beli lagi, dan rasanya belum ada keperluan yang mendesak.
Hehe, so ini la hasilnya percubaan pertama ibu buat puding gula hangus tanpa telur yang tak berapa nak hangus ini. Tengok gambar pun dah tahu kan skill baking ibu tahap mana. Haha. Opss, tapi rasa boleh tahan tau, hehe.
Resipi Puding Gula Hangus Tanpa Telur
Bahan A :
2 senduk Gula
Bahan B :
10 gm Serbuk Agar-agar
2 senduk Gula
500 ml Air
Bahan C :
1 tin Susu Cair
1 sudu besar Perisa Vanila
2 sudu besar Tepung Kastard (dicairkan)
Cara Membuatnya :
1. Panaskan gula di dalam kuali atau loyang. Biarkan cair dan keperangan kemudian masukan kan sedikit air dan ketepikan.
2. Masukkan bahan B ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
3. Perlahankan api dan masukkan bahan C. Kacau sehingga sebati dan sedikit pekat.
4. Matikan api dah tuang adunan td ke dalam loyang yag sudah terisi gula hangus tadi.
5. Bekukan di dalam peti ais. Enak dihidangkan dan dimakan ketika sejuk.
1,463 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
wahhh…simple je kan..tak lah susah mana pun…pasni bolehlah buat sendiri..makan sejuk-sejuk..aduhhhh nikmatnya
betul…makan sejuk2 mmg best sgt..sejuk je tekak
makan puding sejuk2.. time tghri panas..
fuhhhh!! nyaman jek lalu ket tekak tu…
aritu batik lepas…kali ni gula hangus…ko betol buat aku terliur tol laa…
ekeke..buat la ryn..senang sgt resipi ni…
emmm sedap…sedap…
elly blm rasa lg tuh..ekek..cam tau lak sedap ya..