Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!


Resipi Puding Gula Hangus Tanpa Telur

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Semalam, entah macam mana datang semangat nak mencuba resipi yang ibu cilok dari myresipi.com. Jadi, tengahari itu ibu keluar ke pekan Tapah untuk membeli semua barang yang diperlukan. Ibu memang cari resipi yang jer simple sahaja sebab nak membaking ke apa ke, sila maklum yang ibu tak ada oven dan peralatan membaking yang lain. Hehe. Tak mampu nak beli lagi, dan rasanya belum ada keperluan yang mendesak.

resipi puding gula hangus tanpa telur yang mudah

Abaikan teksturnya yang mengerutu itu. Haha.

Hehe, so ini la hasilnya percubaan pertama ibu buat puding gula hangus tanpa telur yang tak berapa nak hangus ini. Tengok gambar pun dah tahu kan skill baking ibu tahap mana. Haha. Opss, tapi rasa boleh tahan tau, hehe.

Resipi Puding Gula Hangus Tanpa Telur

Bahan A :
2 senduk Gula

Bahan B :
10 gm Serbuk Agar-agar
2 senduk Gula
500 ml Air

Bahan C :
1 tin Susu Cair
1 sudu besar Perisa Vanila
2 sudu besar Tepung Kastard (dicairkan)

Cara Membuatnya :

1. Panaskan gula di dalam kuali atau loyang. Biarkan cair dan keperangan kemudian masukan kan sedikit air dan ketepikan.
2. Masukkan bahan B ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
3. Perlahankan api dan masukkan bahan C. Kacau sehingga sebati dan sedikit pekat.
4. Matikan api dah tuang adunan td ke dalam loyang yag sudah terisi gula hangus tadi.
5. Bekukan di dalam peti ais. Enak dihidangkan dan dimakan ketika sejuk.

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

You may also like...


7 Responses

  1. MaMa Chantique berkata:

    wahhh…simple je kan..tak lah susah mana pun…pasni bolehlah buat sendiri..makan sejuk-sejuk..aduhhhh nikmatnya
    Jom baca entri di blog MaMa Chantique : Kenapa Shaklee Tak Di Jual Di Farmasi?My Profile

  2. kakngah berkata:

    makan puding sejuk2.. time tghri panas..
    fuhhhh!! nyaman jek lalu ket tekak tu…

  3. KasiH berkata:

    aritu batik lepas…kali ni gula hangus…ko betol buat aku terliur tol laa…

  4. elly berkata:

    emmm sedap…sedap…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge