Resipi Ikan Talapia Masak Taucu

Alhamdulillah, hari ini dah tiga hari kita berpuasa. Dah fikir-fikir dah apa menu untuk berbuka nanti? Ibu bercadang hendak memasak menu biasa-biasa sahaja hari ini. Orang tak berapa pandai masak macam ni lah. Menu biasa-biasa boleh lah campak-campak dalam kuali. Kalau menu yang tak biasa tu kalau cuba entah menjadi entah tak. Resipi Ikan Talapia Masak Taucu ini memang selalu ibu masak sebab resipi ini antara resipi kegemaran si hero kecil ibu tu. Kalau makan memang bertambah-tambah nasinya. Mifzal sangat sukakan kuah taucu itu.

resipi ikan talapia masak taucu
Ikan Talapia Masak Taucu

Ibu selalu guna ikan talapia sebab stok ikan talapia di dalam peti ais biasanya tak pernah putus. Al-maklumlah, Abah Mifzal kan kaki pancing. Selalu memancing dapat ikan talapia pelbagai saiz. Alhamdulillah, rezeki lauk sentiasa ada. Untung, jimat belanja..hehe. Selalu yang ibu masak saiz sederhana dan kecil. Kalau dapat talapia yang saiz besar biasa bagi dekat kawan-kawan Abah saja. Sebab ibu tak reti sangat nak masak ikan saiz besar-besar ni. Okay..jom kita usha resipi ikan masak taucu yang sangat simple dan sedap.

Resipi Ikan Talapia Masak Taucu

BACA INI : Resipi Karipap Gulung @ Sardin Roll

Bahan-bahan :-

2 ekor Ikan Talapia (saiz sederhana)
1 biji Bawang Merah Besar (dipotong)
2 Ulas Bawang Putih (dipotong)
1 inci Halia (dipotong)
2 Sudu Besar Taucu (Kacang Soya Masin)
3-5 biji Cili Padi Hijau (ikut kepedasan)
1 cawan Air Asam Jawa
2 Cawan Air
Sedikit perisa
Gula secukup rasa (* tak bubuh pun tidak mengapa)
Minyak Masak
Asam limau & Sedikit Tepung Gandum (untuk hilangkan hanyir ikan)
Garam
Kunyit
Timun (dipotong dua dan memanjang) * ibu tak bubuh

Cara-cara Membuatnya :-

1. Ikan talapia dibersihkan dan direndam dengan asam limau dan tepung gandum untuk hilangkan hanyir ikan.

resipi ikan talapia masak taucu simple
Ikan Talapia Yang Siap Digoreng

2. Ikan dilumur garam dan kunyit. Kemudian digoreng dan diangkat setelah masak
3. Buang lebihan minyak masak dan tinggal sedikit untuk menumis. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.

cara masak resipi ikan talapia masak taucu
Ibu Guna Taucu Brand Tamim

 4. Masukkan taucu dan gaul rata.
5. Kemudian masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Masukkan perisa dan gula secukup rasa.

resipi ikan talapia masak taucu berkuah
Kuah Taucu

6. Setelah mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng. Biarkan sekejap dan kemudian angkat untuk dihidangkan.
7. Makan dengan nasi panas…sedap!!

 4,967 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*