Bantuan Khas Kewangan 2017 Untuk Penjawat Awam
Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sebelum ini, merasa lagi bonus raya bagi penjawat awam persekutuan bagi tahun 2017. Syukur kerana sekurang-kurangnya boleh lah menampung belanja persediaan raya tahun ini. Ibu ada terbaca info siaran media oleh Kementerian Kewangan Malaysia di Facebook mengenai pemberian bantuan khas kewangan bersempena Hari Raya Aidilfitri 2017. Memang tertunggu juga pengumuman ini. Bila dah tahu boleh lah bajet apa yang patut. Kos semakin meningkat perbelanjaan pasti juga meningkat.

Bonus Raya
Menurut petikan siaran media tersebut, pihak Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.
BACA INI : Bonus Hari Raya : Berita Gembira Untuk Kakitangan Awam Bagi Tujuh Negeri
Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Sempena Hari Raya
Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, pembayaran bantuan khas kewangan ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017

Siaran Media Bonus Raya
Boleh lah mula shopping raya. Moh kita..hehe
tahun 2018 dapat tak bonus raya?
hehe dapat..alhamdulillah
Alhamdulillah, dapat meringankan persediaan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri
Jom baca entri di blog Semakan Keputusan Peperiksaan : SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan Online
kan..adalah jugakan dpt tampung..
Rasanya tak sesuai panggil bonuskan. Kena panggil bantuan khas. Hehe. Jadi la dapat RM500.
Jom baca entri di blog Hazmin Hamudin : Salam Ramadhan 1438H
hehe…mmg bantuan khas kewangan pun..saja..suka guna bonus..hehe
Salam.. saps tak truja kan… ok, pada pndapat sya la kan, walaupun hanya rm500 dapat meringankan beban ketikq aidilfitri.. Adakah sahih hal ini?
ha ah dh sahih..kementerian kewangan dh buat siaran media kt facebooknya.