Resipi Karipap Gulung @ Sardin Roll

Ibu sebenarnya tak pasti sama ada ibu dah pernah kongsikan resipi karipap gulung atau sardin roll ini di blog IbuMifzal.Com. Tak mengapa lah, kalau dah pernah kongsikan sebelum ini pun, ibu tetap nak kongsikannya lagi. Supaya senang ibu nak rujuk nanti.

gambar resipi karipap gulung
Dah siap goreng. Rupa buruk tapi rasa okay. Hehe.

Ibu lebih selesa memanggilnya karipap gulung. Sebab asas bahan dan cara-cara membuatnya sama je dengan dengan karipap sardin. Cuma bentuk berbeza. Karipap ini sememangnya menjadi kegemaran ibu sekeluarga. Lebih-lebih lagi anak kesayangan ibu, Mifzal. Sepinggan tidak cukup hehe 😀

Baik lah, jom ibu kongsikan resipi dan cara membuat karipap gulung ini.

Resipi Karipap Gulung @ Sardin Roll

Bahan-bahan Untuk Doh :

doh karipap

4 Cawan Tepung Gandum
1/2 Cawan Marjerin
1 Cawan Air Sejuk
Secubit Garam

Cara- cara Membuat Doh :

1. Cairkan marjerin dengan api yang perlahan.
2. Satukan tepung gandum dan garam di dalam bekas.
3. Tuangkan marjerin ke dalam adunan dan gaul sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
5. Rehatkan doh.

Bahan- bahan untuk Inti Sardin :

inti karipap

Bahan A
5-7 Ekor Ikan Sardin / Ikan Selayang
3-4 Keping Asam Gelugor
Garam

Bahan B
3 Tangkai Cili Kering Besar
5 Ulas Bawang Merah Kecil
2 Ulas Bawang Putih
1/2 Inci Halia

Bahan C
1 Biji Bawang Merah Besar (Dipotong/Dihiris)
2-3 Tangkai Cili Padi (jika suka lebih pedas)
Gula
Garam
Serbuk Perisa
Minyak Masak

Cara Membuat Inti Sardin :

1. Rebus bahan A. Setelah masak, asingkan isi ikan.
2. Bahan B dikisar.
3. Tumis bahan B dengan minyak masak. Setelah naik bau, masukkan ikan yang telah diasingkan isinya.
4. Masukkan bawang merah besar dan cili padi yang telah dihiris.
5. Perisakan dengan gula, garam dan serbuk perisa.
6. setelah siap, letakkan inti bersama doh yang siap dicanai.

Cara menggulung :

Langkah 1

canai doh karipap

Langkah 2

karipap gulung sardin

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1569 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Related Posts :



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge