Produk Qu Puteh Whitening Pro 9 Berbahaya?

Ibu terbaca di media sosial mengenai berita arahan penarikan balik produk Qu Puteh Whitening Pro 9 keluaran Vida Beauty yang disahkan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri yang berbahaya kepada kesihatan pengguna. Kenyataan akhbar telah dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

produk Qu Puteh Whitening Pro 9

Bagus juga KKM  buat pengujian ke atas produk-produk komestik yang berlambak di pasaran. Sekurang-kurangnya penguna boleh menggunakan info yang ada untuk lebih berhati-hati memilih produk-produk kecantikan yang pelbagai jenis dan jenama. Ini untuk mengelakkan kesan yang bahaya kepada kesihatan pengguna.

Para pengusaha juga perlu lebih prihatin mengenai keselamatan produk yang dijual. Produk-produk yang hendak dijual ke pasaran sepatutnya melalui pengujian tertentu untuk memastikan produk-produk tersebut selamat untuk dijual dan digunakan oleh pengguna.

Selain Malaysia, negara Brunei juga telah mengharamkan penjualan produk ini terlebih dahulu.

Kenyataan Akbar Produk Qu Puteh Whitening Pro 9 Berbahaya

KKM Qu Puteh 1

qu puteh 2 kkm

qu puteh 3 kkm

 2,177 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*