Hehe..sedap ke idak? tgk gambar cam menyelerakan kan?..sbnrnya brg2 nk buat puding gula hangus ni dah lama dah beli..tp malas n cam x der masa jer nak buat..wal hal nak buatnya senang jer..bukan amik masa lama pun..so..ini la aktiviti hr ahad ibu…
Resipi Puding Gula Hangus Tanpa Telur
Bahan A
2 senduk Gula
Bahan B
10 gm Serbuk Agar-agar
2 senduk Gula
500 ml Air
Bahan C
1 tin Susu Cair
1 sudu besar Perisa Vanila
2 sudu besar Tepung Kastard (dicairkan)
Cara Membuatnya :
1. Panaskan gula di dalam kuali atau loyang. Biarkan cair dan keperangan kemudian masukan kan sedikit air dan ketepikan.
2. Masukkan bahan B ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
3. Perlahankan api dan masukkan bahan C. Kacau sehingga sebati dan sedikit pekat.
4. Matikan api dah tuang adunan td ke dalam loyang yag sudah terisi gula hangus tadi.
5. Bekukan di dalam peti ais. Enak dihidangkan dan dimakan ketika sejuk.
1,012 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
sedapnya….cantik dan kemas pulak tu….:P
tgk pic pun dah terliur.. mesti best ni…
ainey, nak resepi! alya mmg suka makan puding ni. especiallt time bulan puasa dulu..
terliur aku wei..dah lama aku nak buat tapi tak pnh buat…
weyyy..
perghhhhhhh
bukan kata nampak sedap…
puding tuh pun cantik dan kemas giler!!~
sukenya aku tgok…cantik jek jadinye yek..