Al-kisah minggu lepas, 30hb Disember 2014, Ibu dan Mifzal ke pasar tani berdekatan dengan tempat ibu bekerja. Ibu mendapat jemputan untuk menjadi juri pertandingan mewarna kanak-kanak sempena program sambutan tahun baru 2015 di pasar tani tersebut. Ibu bawa bersama Mifzal kerana kebetulan Abah Mifzal ada meeting di sekolah. Teruja Mifzal bila diberitahu ada pertandingan mewarna. Dia pun nak masuk juga. Alahai, boleh ke anak juri pun nak join juga ni?
Pertandingan tersebut disertai oleh 16 orang kanak-kanak sahaja. Target 30 orang tapi tak tercapai. Alang-alang tak cukup penyertaan, penganjur suruh je Mifzal sertai sekali pertandingan tersebut. Lagi pun, Mifzal siap-siap bawa peralatan mewarna. Semangat sungguh. Kalau menyertai pertandingan tersebut, sememangkan pihak penganjur ada menyediakan peralatan mewarna dan juga kudap-kudapan untuk kanak-kanak yang menyertai pertandingan tersebut.
BACA INI : Hasil Seni Kreatif Di Taska Permata
Cantik-cantik juga hasil warnaan kanak-kanak yang menyertai pertandingan. Pening juga untuk ibu memilih pemenangnya. Hehe..untuk tidak biased, ibu tak boleh lah pilih anak ibu pula jadi pemenangnya..kiki….ala, masuk pun just untuk suka-suka ja kan..tak dapat hadiah pertandingan..dapat hadiah yang ibu bagi pun jadi lah kan. Apa pun tahniah kepada penganjur juga kerana dengan adanya pertandingan sebegini dapat memeriahkan lagi pasar tani tani yang dikelolakan oleh FAMA.
2,079 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Hi, I came across your blog and enjoyed reading your interesting entries on amazing stories and personal insights! I find it really great that you are sharing your experiences with your readers.
Zalora is looking to work with talented bloggers, and I was wondering if you would be keen on a one-time blog collaboration with us. Do let me know if you are interested by emailing me at izz.latif@zalora.com.my so that I can fill you in with the details. Hope to hear from you soon!
dah macam setiap 2 bulan ada pertandingan ni kat sekolah.
hoho..penat jadi hakim.
comel je tau masuk pertandingan sebab nak cukup korum. takpe budak2, dia enjoy pertandingan tu pun dah best dah.
melukis merupakan aktiviti pembelajaran yang bagus..
seronok dapat luangkan masa dengan anak-anak.
itu nikmatnya ada anak-anak..penghibur hati ibu dan bapa
Wah.. Pandainya Mifzal mewarna. Moga jadi anak yang soleh sebaik namanya.
agak agak menang tak pertandingan mewarna tu
hehe..x boleh menang la..ibunya jd juri..kan bias plak..kikiki
salam perkenalan ibu mifzal
saya pun mama kepada mifzal juga hehe. (Muhammad Hadif Mifzal )
wsslam..
wah..sama la nama anak..sy suka nama mifzal..1st time nmpk ms cr nama2 islam utk namakan anak…terus terpikat..