Petua Untuk Menghilangkan Penyakit Migraine

Sakit migraine? Aduh! Sakit tu! Tentu ramai yang ingin mengetahui dan mencari-cari petua untuk menghilangkan penyakit migraine. Seperti yang diketahui, migraine adalah sakit kepala yang berdenyut, dan biasanya terjadi pada salah satu sisi kepala saja. Migraine merupakan penyakit saraf yang menimbulkan gejala seperti mual, muntah, serta sensitif terhadap cahaya atau suara. Serangan migrain dengan rasa nyeri yang mengganggu boleh berlaku selama beberapa jam atau beberapa hari.

Tak sanggup menahan sakit? Ini petua atau tip-tip yang boleh diamalkan untuk mereda atau menghilangkan kesakitan akibat migraine.

Petua Untuk Menghilangkan Penyakit Migraine
Sakit Migraine

Petua Untuk Menghilangkan Penyakit Migraine

1. Merendam Tangan dalam Air Dingin

Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.

BACA INI : Petua Merawat Rambut Gugur

2. Berada Di Dalam Bilik gelap

Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.

3. Mengambil Sedikit Kafein

Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.

4. Carikan bahan-bahan berikut :

Kacang hijau, lada hitam  dan garam kasar.

Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.

Selamat mencuba.

Sumber : Email

 1 total views,  1 views today

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1497 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*