Seingat ibu, seawal usia 3 tahun, Mifzal sudah berminat dengan catur. Walaupun sebenarnya ketika itu, dia masih lagi belum memahami apa bentuk permainan tersebut. Mungkin, kerana dia selalu lihat Abah Mifzal bermain game chess di komputer. Silap ibu, kerana ibu hanya membiarkan sahaja minat Mifzal itu tanpa tindakan apa-apa. Orang cakap, kalau nak tanam minat, elok lah bermula sedari kecil kan! Ada juga beli main mainan chess tetapi sebab ibu tidak lah pandai bermain chess, jadi ibu biarkan sahaja. Lama-lama, Mifzal juga sudah tidak mempedulikan mainan chess nya kerana minatnya sudah teralih pada mainan LEGO.
Cuma baru-baru ini, ibu lihat Mifzal kusyuk bermain chess bersama kawan-kawan sekolahnya sementara menunggu ibu mengambilnya pulang dari sekolah. Teringat ibu, yang Mifzal masa kecil dulu suka dengan catur. Dan, sekarang dia sudah pandai bermain catur. Seronok Mifzal bila dia menang apabila bermain dengan kawan-kawannya. Tetapi ada juga waktu dia kalah, dia sukar untuk menerima kekalahannya. Confident level yang tinggi barang kali…hehe.
BACA INI : Mifzal Arsyad & Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
Minat Si Anak Dengan Catur
Menyedari minat si anak, ibu rasa ibu perlu turutkan…rugi kalau tidak dipupuk dari sekarang. Bagus sebenarnya kalau bermain chess ini, ia memang merangsang minda. Belajar mengenai strategi bermain chess membuatkan otak ligat berfikir untuk menyelesaikan masalah dan halangan. Bila dah mahir nanti, mana tahu boleh masuk tournament pula nanti.
Hadiah dari si ibu, permainan catur untuk anak kesayangan. Tersenyum gembira Mifzal, walaupun nilai hadiah itu murah sahaja.
2,109 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Bagus kecik-kecik lagi dah terdedah dengan permainan catur.
catur ni bagus.
guna minda.
buat strategi.
Anak saya pun minat catur. Dah masuk pertandingan peringkat negeri. Kena asah bakat lagi.
Huhu.. setakat ni belum jumpa lagi apa yang anak minat.. sebab sekarang dia bedal semuanya.. haha.. terbaiklah.. mendidik otak untuk menjadi kreatif juga permainan ni..
Bagusnya kecik2 dah pandai main chess. Terbaiklah Mifzal.
Semoga menjadi pemain catur berjaya.