Kisah Iklan Google Adsense Disekat Lagi


Sekali lagi. Iklan Google Adsense disekat kerana dikatakan melanggar polisi. Adeh. Kali ini puncanya ada entri-entri yang mengandungi copyright material. Alahai, yang ini memang silap ibu lah. Memang ada kongsikan video drama Adam & Hawa dan Sehangat Asmara untuk tontonan online.

Kisah Iklan Google Adsense Disekat Lagi

Email Dari Pihak Google Adsense

Dapat email iklan disekat pada minggu exam ibu. Jadi, ibu biarkan je dahulu masalah ini. Malas nak kisah. Blog pun tidak dikemas kini. Konon kesibukkan yang amat lah tu. Sibuk membelek buku saja :p.

BACA INI :ย Google Adsense : Now Re-Enable

Kali ini, tidak segelabah kes yang terdahulu. Dah ada pengalaman, jadi boleh lah atasi kekecewaan itu. Hehe. Sehabis exam, masa untuk menghadap blog. Ibu bakul sampah kan semua entri-entri yang ibu kira ada melanggar polisi Google Adsense. Dan, seterusnya mencuba nasib menghantar permohonan re-enable iklan kepada team Google Adsense. Dua kali hantar, jawapan akhirnya positif.

Iklan Google Adsense Disekat Kini Kembali

Iklan Google Adsense kembali menari-nari di blog ini. Ibu perlu lebih berhati-hati lagi selepas ini. Ibu dikira bernasib baik kerana hanya iklan sahaja yang disekat tetapi bukan keseluruhan akaun. Huhu, sudah serik kali ini.

Sayang kalau kena sekat kerana kumpul sikit lagi fulus sudah boleh ditunaikan ๐Ÿ˜€

Elak Iklan Adsense Disekat

Oleh kerana ini merupakan kali kedua iklan Google Adsense di blog ibu disekat, ibu perlu lebih berhati-hati. Adalah sangat penting untuk kita mengetahui polisi dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Google Adsense.

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


3 Responses

  1. hubtips berkata:

    fuh nasib baik…takpe biasalah tu..saya pun pernah mengalami nasib yang sama…

  2. ajumohit berkata:

    owh mcm tu ye ainey, syukurlah tau puncanya dan dah selesai pun kan ๐Ÿ˜‰
    Jom baca entri di blog ajumohit : Corat-coret Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013My Profile

  3. Sara berkata:

    baik2 la jage nanti susah nak apply lag..huhuhu
    Jom baca entri di blog Sara : Mak Dia (Afiq) Kurang Siuman Kot โ€“ Eina AzmanMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge