Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tips Pemakanan Untuk Kulit Mulus


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Semua idamkan kulit yang mulus. Ibu pun sama. Jom baca tips pemakanan untuk dapatkan kulit yang mulus.

5 Makanan Agar Kulit Mulus

Berikut adalah 10 makanan yang boleh membantu dalam mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan.

1. Salad

Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

2. Tomato

Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada menjadi kendur.

3. Strawberi

Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

4. Epal

Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

5. Soya

Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30- an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.

Sumber Artikel : Email

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


6 Responses

  1. Bagus ni tipsnya, terima kasih.
    Jom baca entri di blog Resep Masakan Indonesia : Resep Cara Membuat Lemon TeaMy Profile

  2. Arena Gratis berkata:

    Sedap ni. elok sekali buat badan kita.
    Jom baca entri di blog Arena Gratis : Cara Cek Kode IMEI Semua Merk & Tipe HandPhoneMy Profile

  3. ajumohit berkata:

    semua di atas aju makan, setakat ni mmg byk makan sayur n belum ambil supplement lain lagi ;), mulus tak kulit kak ton??? heheheeh
    Jom baca entri di blog ajumohit : Corat-coret Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013My Profile

  4. hubtips berkata:

    tumbuhan dan buah-buahan ni memang banyak zat..mmg elok untuk badan kita…

  5. Sara berkata:

    ala tak makan salad pulak..huhuhuh
    Jom baca entri di blog Sara : Hukum Lelaki Bermesej Dengan Gadis Bukan Mahram – Ustaz AzharMy Profile

  6. Dewi @ ResepKoki berkata:

    Terima kasih bu, tips nya sangat bagus sekali. Mungkin bisa ditambahkan juga kecambah / tauge, banyak kandungan vitamin-E nya.
    Jom baca entri di blog Dewi @ ResepKoki : Martabak Manis BandungMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge