Minggu Exam Dan Big Apple

Horrray!!! Minggu exam dah tamat. Seminggu ini rasa serba tak kena. Kelam kabut belajar. Masa nak baca buku, masa itu juga lah nak buat kerja lain. Dugaan betul. Hehe. Bila dah habis exam, tak ada la plak nak buat kerja lain. Gitu lah gayanya bila tiada persediaan awal. Belajar di saat akhir. Adeh. Jangan ikut peel belajar ibu ya! hehe. Memang semester ini tidak berapa yakin untuk dapat result yang OK. Tawakkal sahaja lah. Sudah usaha walaupun last minute kan. Semoga lulus  semuanya dengan jaya.

Ibu bercuti seminggu. Berulang dari Perak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri peperiksaan akhir semester. Ada waktu peperiksaan pada sebelah petang, waktu pulangnya bersesak pula di dalam LRT dan Komuter. Huhu, macam rasa kerja dekat KL pula. Tak selesa betul bila bersesak-sesak begitu. Begitu kot yang warga kota lain rasa ya.

Raikan Habis Minggu Exam Dengan Big Apple

Habis exam, raikannya dengan donut Big Apple. Bestnya dapat gigit donut itu. Lembut dan gebu je. Pertama kali makan Big Apple. Okay, jangan gelak. Kat tempat ibu tinggal mana ada jual Big Apple. Kalau nak makan kena ke Aeon Kinta City, Ipoh. Jauh tu. Tapi setiap kali pergi tak terbeli. Hehe!! Betul lah. Memang Big Apple lebih sedap dari Dunkins Donut kan.

IMG_0442

Big Apple ini ibu beli di Aeon Setiawangsa. Keluar makan meraikan habis exam bersama rakan-rakan seperjuangan di PJJ UUM KL.

 3,076 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

4 Comments

  1. heheheh leganya dah settle exam ye ainey, yang pasti result mesti mcm dulu kan, best!!!

    aju tak pernah makan big apple ni lagi, mungkin sebab aju kurang suka makan donut tp kalau kek nyummyyyyy hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*