Kelopak Mata Bergerak-gerak, Tandanya?

2 – 3 hari ini, kelopak atas mata kiri asyik bergerak-gerak sahaja. Apa tandanya ya? Hehe.. selalu orang suka kaitkan pergerakan kelopak mata kiri dengan akan berlaku kejadian yang tidak baik. Ada juga yang mengatakan kelopak mata bergerak-gerak akan mendapat kebaikan. Betul ke? Entahlah. Tak boleh percaya sangat ya. Nanti boleh rosak akidah pula.

Kelopak Mata Bergerak-gerak
Mata

Cuma, bila setiap kali ia bergerak-gerak, memang ibu rasa sangat tak selesa. Ia seperti menganggu konsentrasi ibu ketika membuat kerja. Ibu, ada membaca info mengenai kelopak mata yang bergerak ini. Katanya ia dipanggil ‘Eye Twitching‘. Antara penyebab berlakunya eye twitching ini adalah :-

  1. Tekanan
  2. Keletihan
  3. Eye Strain (Ketegangan Mata)
  4. Mata Kering
  5. Pemakanan Yang Tidak Seimbang

BACA INI : Tip Mengesan Jenis Kelamin Bayi dalam Kandungan (Tanpa ujian ultrasound)

Kebiasaanya, kelopak mata yang bergerak ini adalah biasa dan bukanlah masalah yang serius, namun kadang-kadang ada juga kes disebabkan oleh keadaan saraf seperti ‘Blepharospasm atau kekejangan hemifacial. Keadaan ini adalah luar kebiasaan dan memerlukan rawatan doktor pakar mata.

ps : untuk keterangan lebih lanjut boleh baca info ini di Blog Ini

 1,647 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*