Drama Demi Dia
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.
Tentu ramai yang mengikuti drama Teduhan Kasih yang masih ke udara di slot Akasia Tv3. Ibu pun salah seorang peminat drama ini. Menunggu-menunggu saja episod terkini. Okay, Drama Demi Dia pula adalah drama baru yang akan menggantikan drama Teduhan Kasih pada bulan Ramadhan nanti. Tarikh tayangan dijangkakan pada 1 Julai 2013 ini.
Sumber gambar : EDTV
Drama ini dilakonkan oleh Elfira Loy, Zoey Rahman, Amar Bahrin, Shasha Alkhred dan Dynaz Mokhtar. Diarahkan oleh Aziz M.Osman. Drama ini mengisahkan Zack & Azura yang kahwin muda (Sinopsis penuh akan dikemas kini kemudian).
Nantikan drama Demi Dia pada Ramadhan ini. Best macam Teduhan Kasih tak? :p
Emm mesti best ni..hehe..pelakon dia lawa lahhhh..haha
Jom baca entri di blog Hafizul : Hari Jumaat Yang Indah