Harga Jualan iPhone 7 dan 7 Plus Special Edition (Red Color) Di Malaysia


Apple Inc telah pun mengumumkan secara rasmi penjualan telefon pintar iPhone 7 dan 7 plus edisi istimewa yang berwarna merah. Wah!! cantik sungguh warna iPhone 7 edisi khas ini. Berkenan ibu. Untuk makluman, iPhone 7 Edisi Khas ini hanya dijual bagi kapasiti 128GB dan 256GB sahaja. Entri ini, ibu akan kongsikan info berkaitan dengan harga jualan iPhone 7 dan 7 plus edisi khas ini yang berwarna merah.

harga jualan iPhone 7 dan 7 plus

iPhone merah memukau.

Sebagai peminat barangan Apple, kalau berkemampuan, memang nak sambar 1…haha…tapi cukup lah ada satu iPhone 6s Plus Rose Gold ini pun sudah ibu berpuas hati. Bagi yang berminat untuk mendapatkan iPhone 7 mahupun 7 plus, boleh lah berkunjung ke Apple Authorised Store / Reseller yang berdekatan. Harga jualan iPhone 7 dan 7 plus edisi khas adalah seperti berikut :-

harga jualan iPhone 7 dan 7 plus

Pilihan model iPhone versi khas.

iPhone 7 128GB (Warna Merah) = RM3,699.00
iPhone 7 256GB (Warna Merah) = RM4,199.00

iPhone 7 Plus 128GB (Warna Merah) = RM4,299.00
iPhone 7 Plus 256GB (Warna Merah) = RM4,799.00

Harga pun boleh tahan juga kan. Tapi yang paling menarik warna dan kapasiti storage tu. iPhone ibu yang hanya 16GB ini memang jauh beza. Tak cukup storage nak simpan gambar haha…

harga jualan iPhone 7 dan 7 plus

iPhone 7 dan 7 Plus edisi istimewa.

Menarikkan !! jadi apa tunggu beli..belilah..belikan ibu satu ya..heheh

 

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


3 Responses

  1. Wahhh! Harganya boleh beli sebuah televisyen tu
    Jom baca entri di blog Noriza Abdul Rahman : DETOKS? Boleh ke Buang Toksin Dalam Badan Kita?My Profile

  1. 9 Mac 2019

    […] BACA INI : Harga Jualan iPhone 7 dan 7 Plus Special Edition (Red Color) Di Malaysia […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge