Site icon Blog Ibu Mifzal

Harga Jualan iPhone 7 dan 7 Plus Special Edition (Red Color) Di Malaysia

Apple Inc telah pun mengumumkan secara rasmi penjualan telefon pintar iPhone 7 dan 7 plus edisi istimewa yang berwarna merah. Wah!! cantik sungguh warna iPhone 7 edisi khas ini. Berkenan ibu. Untuk makluman, iPhone 7 Edisi Khas ini hanya dijual bagi kapasiti 128GB dan 256GB sahaja. Entri ini, ibu akan kongsikan info berkaitan dengan harga jualan iPhone 7 dan 7 plus edisi khas ini yang berwarna merah.

iPhone merah memukau.

Sebagai peminat barangan Apple, kalau berkemampuan, memang nak sambar 1…haha…tapi cukup lah ada satu iPhone 6s Plus Rose Gold ini pun sudah ibu berpuas hati. Bagi yang berminat untuk mendapatkan iPhone 7 mahupun 7 plus, boleh lah berkunjung ke Apple Authorised Store / Reseller yang berdekatan. Harga jualan iPhone 7 dan 7 plus edisi khas adalah seperti berikut :-

Pilihan model iPhone versi khas.

iPhone 7 128GB (Warna Merah) = RM3,699.00
iPhone 7 256GB (Warna Merah) = RM4,199.00

iPhone 7 Plus 128GB (Warna Merah) = RM4,299.00
iPhone 7 Plus 256GB (Warna Merah) = RM4,799.00

Harga pun boleh tahan juga kan. Tapi yang paling menarik warna dan kapasiti storage tu. iPhone ibu yang hanya 16GB ini memang jauh beza. Tak cukup storage nak simpan gambar haha…

iPhone 7 dan 7 Plus edisi istimewa.

Menarikkan !! jadi apa tunggu beli..belilah..belikan ibu satu ya..heheh

 

 1,581 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version