
Sebenarnya, topik ini timbul dalam pemikiran ibu kerana rata-rata blogger ramai yang post entry mengenai blogger jutawan. Ini adalah rentetan daripada kisah Red Mummy yang masuk paper. Red Mummy dan otai-otai blogger memang tidak dapat dinafikan, mereka memang boleh jadi jutawan kalau pendapatan dengan iklan di blog sahaja telah mencapai angka ribua. Memang ibu salute lah dekat mereka ini. Eventhough, ibu bukanlah follower tegar blog Red Mummy itu. Cuma kagum kerana terfikir juga bagaimana dia sebagai blogger boleh manage blog sampai menjadi terkenal sebegitu. Mungkin ada kot tip-tip yang dikongsikan di blog beliau. Cuma, ibu saja malas nak godek-godek. Kenapa? Hish! Belum bersedia lah nak jadi seperti dia. Komitmen berblog tentu menjadi lebih banyak nanti. Belum sanggup berblog secara sepenuh masa. Haha, tapi, ibu nak macam lah mampu kan. Haha, Berangan saja dulu. Hehe.
Tetap Kagum, Walau Bukan Blogger Jutawan
Apa pun, ibu tetap kagum dengan kawan-kawan blogger yang boleh menjana atau buat duit dengan hanya berblogging. Walaupun bukanlah taraf jutawan. Dapat jana berapa sen sehari pun ibu dah rasa sangat bersyukur. Bukan senang sebenarnya kan. Banyak yang perlu dikorbankan, walaupun blogging ini hanya separuh masa. Masa sudah tentu sesuatu yang perlu dikorbangkan. Kena pandai bahagikan masa agar tidak mengganggu tanggungjawab yang lain. Ibu juga, mungkin buat masa ini hanya boleh berangan sahaja. Setakat nak bolehkan cashout sebulan dua dengan had minima itu mungkin boleh. Tetapi kalau lebih dari itu, banyak lagi yang perlu diusahakan dan ditambahbaik. Blog picisan, angan-angan sahaj yang tinggi. Hehe.
Pendapatan pasif dari blog walaupun hanya sedikit tetapi boleh membantu mengurangkan beban kewangan. Alhamdulillah, hidup di zaman yang serba-serbi mencabar in memang memerlukan kita untuk jadi lebih kreatif. Pendapatan daripada blog adalah salah satu dari nya. 😀
705 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Leave a Reply