Anak ibu. Anak manja ibu nan seorang. Dah 6 tahun dah. Kejap je masa berlalu. Ibu rasa macam baru je lahirkan hero ibu ini. Tahun ini, Mifzal masuk pra sekolah. Alhamdulillah, mujur permohonan ke pra sekolah yang berdekatan dengan pejabat ibu diterima. Tak lah jauh ibu hendak menghantarnya setiap pagi.
Mifzal yang request pada ibu untuk bersekolah dekat dengan pejabat ibu. Nak dekat dengan ibu katanya. Walhal, boleh sahaja bersekolah di sekolah Abah Mifzal. Lagi senang nanti ada Abah Mifzal boleh tengok-tengokkan. Tetapi Mifzal nak juga sekolah dekat dengan pejabat ibu. Ibu dan Abah Mifzal terpaksa ikutkan sahaja. Lagi pun Mifzal memang manja dengan ibu. Mujur juga suasana kerja ibu tidak terlalu terikat dengan pejabat sahaja. Senang juga nanti nak berulang alik mengambil dan menghantar Mifzal nanti.
Kalau perasan, badan Mifzal dah semakin berisi kan. Sejak masuk umur 6 tahun ini, selera Mifzal juga makin bertambah. Kalau sebelum ni, susah sangat hendak makan dan sangat memilih makan. Tapi sekarang, Mifzal dah suka makan nasi. Pengasuhnya ada juga maklumkan pada ibu, sekarang Mifzal dah kuat makan tak macam dulu. Alhamdulillah…suka ibu. Harapan ibu, semoga anak kesayangan ibu terus membesar dengan sihat dan jadi orang yang berguna pada agama dan masyarakat..Aamiin…
788 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Cakep sekali nih jagoannya.
ainey kemana menghilang?? updatelah ttg rumah baru, adakah beraya di rumah baru dengan kelengkapan serba baru? hehe