Cerita Ibu Mifzal

Uih…lama betul tak mengomel di sini. Bukan dah lupa tapi tahu sahajalah, mood berblogging sekarang ini memang ke laut. Tapi bila mengenangkan rugi kalau biarkan blog bersawang. Bukan tak ada cerita untuk dicelotehkan. Ada itu ada, tapi seperti biasalah mood blogging selalu kelaut sekarang ini. Tapi tak mengapa, bila mood datang, boleh lah ibu mengarang. Kali ini celoteh tetang puasa dan cerita Ibu Mifzal sahaja lah :p

cerita-ibu-mifzal
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Hari ini dah masuk 17 hari dah kita berpuasa. Sebelum itu, belum terlambat untuk ibu ucapkan selamat berpuasa pada semua pembaca blog ibu yang beragama Islam. Sekejap saja masa berlalu. Tak sampai 2 minggu kita akan menyambut hari raya. Wah!! bercerita pasal nak raya ini, teruja juga ibu sebab tahun ini, giliran beraya di kampung halaman ibu di Pasir Mas, Kelantan. Tak sabar rasanya nak jumpa keluarga tercinta di kampung. Walaupun teruja nak berhari raya, persiapan raya belum siap sepenuhnya. Tak mengapa, masih ada masa kan.

Cerita Ibu Mifzal : Rumah Baru & Kelas

Tahun ini, masih belum punya rezeki untuk beraya di rumah baru. Rumah idaman kalbu masih belum siap. Lambat betul progress. Letih dah menunggu. Dari raya tahun lepas hingga ke tahun ini, tak siap-siap lagi jalannya. Bila fikir-fikirkan, risau pula hati. Janganlah ada aral yang mendatang.

BACA INI : Progress Rumah : Sempat Siap Tak Sebelum Aidilfitri?

Minggu ini, ibu ada kelas. Semester Julai 2014/2015 akan bermula hujung minggu ini. Aduhai, sekejapnya rasa bercuti kelas. Macam baru je keluar result pada pertengahan bulan lepas. Minggu ini dah nak ke kelas semula. Apa pun, syukur alhamdulillah, kerana keputusan peperiksaan pada semester lepas memberansangkan. Tak sabar nak menghabiskan baki dua semester lagi. Semoga pengajian ibu berjalan lancar dan dipermudahkan. Doakan ya!

ps : Setakat ini dululah mengomel padala cerita Ibu Mifzal, ada masa dan mood, ibu sambung lagi..tataaa..

 901 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

5 Comments

  1. Ibu masih belajar? Wah pasti pengalaman yang hebat sebab terpaksa bahagi masa dengan keluarga dan pelajaran.
    Tahun ni beraya di Kelantan … bestnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*