Kisah Ibu & Kehidupan

Lama sudah blog ini tidak di’update’. Malas dan tiada mood untuk berblog. Lagipun, kebelakangan ini agak sibuk dengan tugas di pejabat dan di rumah. Tugas sebagai pelajar pun menimbun. Banyak ‘assignment‘ yang perlu dihantar minggu hadapan. Dalam kesibukan ini, sayang juga untuk biarkan blog ini terus bersawang. Ibu ambil masa sedikit untuk membebel kisah ibu dan kehidupan ibu di sini. :p

kisah ibu
Kisah Ibu & Kehidupan

Sebenarnya, tiada yang menarik pun…kehidupan ibu dan keluarga, biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah, dikembalikan kesihatan setelah demam, sakit tekak dan bengkak tonsil. Lebih menyedihkan, Mifzal Arsyad kesayangan ibu pun turut demam. Mujur tak lama demamnya.

Kisah Ibu dan Kehidupan

BACA INI : Kisah Raya

Minggu depan, ibu ada kelas. Sedar tak sedar dah nak sampai kelas pertemuan keempat. Bulan depan peperiksaan akhir semester pula. Ikut perkiraan, pengajian ibu berbaki dua semester lagi. Pejam celik tak sedar masa berlalu begitu pantas. Moga tiada halangan untuk ibu menamatkan pengajian ibu lebih awal dan dapat konvo pada tahun hadapan. Insya Allah, moga dipermudahkan..aamin.

Cerita pasal ‘study‘, duk teringat-teringat ‘assignments‘ yang menanti. Banyak lagi yang belum siap. Huhu…

Perihal kerja pula, semakin hari semakin bertambah kerjanya. Kadang-kadang agak keletihan dan tertekan dengan arahan tugas yang ‘ad-hoc‘. Kelam-kabut juga dibuatnya. Mujurlah, setakat ini masih mampu ‘handle‘.

Apa lagi ibu nak coret disini? :p Saja, nak hangatkan balik, blog yang sudah suam-suam kuku ini. Harap, selepas ini, ada masalah terluang untuk ibu ‘update‘ lagi.

Setakat ini dulu lah. 😀

ps : mengantuk sudah!

 907 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*