Adakah Kerana WordPress?

Seminggu ini, ibu perhatikan, selepas beberapa hari menggunakan platform WordPress untuk berblog, pageviews dan unique click analytic Nuffnang blog ini semakin bertambah. Sangat agak ketara apabila menggunakan platform Blogspot dahulu. Adakah kerana WordPress? Apa pun, alhamdulillah, ibu gembira dengan perubahan ini.

adakah kerana wordpress
Selepas menggunakan platform WordPress

Kalau lihat analytic akaun Nuffnang ibu ini, sebenarnya ibu mula menggunakan platform WordPress pada 6 Mac 2011, dan kalau lihat statistik pada 4 Mac dan 5 Mac, memang bilang unique visits dan pageviews blog ini sangatlah sedikit. Jumlahnya tidak sampai pun 30 unique visits. Namun, selepas guna platform WordPress self-hosted, terdapat peningkatan pada jumla unique visits iaitu sebanyak 50 lebih dan pageviews sebanyak 120 lebih. Tak sangka pula, menggunaka platform self-hosted WordPress boleh meningkatkan pengunjung blog. Hehe. Kalau tahu, dah lama ibu menggunakannya.

Peningkatan Ini Adakah Kerana WordPress?

Bagi ibu, ini menjadi satu kepuasan bila kita berblog dan ada orang yang sudi membacanya. Walau pun ada yang  singgah ke blog ini bukan nak baca kisah ibu pun,  tapi mungkin juga hendak mencari maklumat mengenai kerja kosong atau pun lain-lain infomasi. Apa pun, itu ibu tak kisah juga kerana ketika menggunakan platform Blogspot lagi ibu sudah banyak publish entri-entri mengenai iklan jawatan kosong ini. Namun, bilangan unique visits dan pageviews masih lagi tidak banyak. Sehari hendak capai 30 unique visits pun sangat susah.

Apa pun, semoga ini ibu dapat jadikan pemangkin untuk ibu terus berblog dan terima kasih semua kepada yang sudi singgah dan baca blog ibu ini. Tidak kisah lah follower ke atau silent reader. Dan, insya Allah, Ibu sedang dan memang berkira-kira untuk buat satu giveaway atau contest untuk para pembaca blog ibu. Namun, masih belum ada kesempatan. Apa pun, kawan-kawan sabar dan tunggu ya.

 996 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*