Belajar, Belajar dan Belajar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Minggu ini, ibu ada kelas. Seperti biasa, rutin bulanan, ibu akan ke UUM Kuala Lumpur untuk menghadiri kelas. Minggu ini adalah kelas pertemuan kedua bersama pensyarah. Kalau turut hati, berat saja rasa hendak ke kelas, al-maklumlah masih dalam suasana hari raya. Belum puas bercuti la katakan..hehe

Semester ini adalah semester ke lapan pengajian ibu di UUM. Berbaki satu semester lagi. Kalau tiada aral, Insya Allah, ibu habis belajar bulan Mei 2015 dan konvo pada bulan Oktober @ November 2015. Tak sabar rasanya.

Alhamdulillah juga, keputusan peperiksaan ibu pada semester lepas memberangsangkan walaupun ada penurunan dari segi GPA @ PMS, namun CGPA @ PMK naik sedikit. Syukur…Yang penting untuk semester ini dan semester akhir nanti, ibu kena lebih berusaha untuk menaikkan CGPA @ PMK ibu. Susah betul nak naik ‘pointer‘ kan.

Apa pun yang penting, ibu berdoa agarย semoga dipermudahkan segala urusan pengajian ibu ini. Aamiiin. Doakan ya ๐Ÿ™‚

ps : Mood tak sabar nak habis belajar ๐Ÿ˜€

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1590 Articles
Ibu Mifzal - Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa

Related Posts :



13 Comments

  1. Salam puan…saya ingin bertanya berkaitan ngn pjj di UUM KL..disana ada sedia kn penginapan hostel untuk pelajar kew??jika tidak keberatan boleh puan bntu saya untk mengetahui situasa UUM KL..puan bleh email saya fasha1990@yahoo.com..mintk tolg sgt jasa baik puan

    • wslm.. utk tahun ni akak x alert pula bila keluar.. tp kebiasaannya spt tahun2 sblm ni..permohonan pbu jpa ni dibuka pd bulan oktober setiap tahun dan result akan diketahui pd bulan disember.

      utk lebih detail..better call jpa bahagian pembangunan modal insan utk maklumat pbu ni..

  2. Salam puan..kagum dgn semangat puan..nk dibandingkan dgn sy masih jauh lg perjalanan..br semester dua..mohon jikalau puan masih simpan nota2 ekonomi semester 2,sy ingin meminjamnya..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge