Tip Elak Gastrik Ketika Berpuasa

Semakin berumur ini, semakin banyak masalah kesihatan. Itu sebenarnya, ibu rasa biasa bila usia sudah meningkat. Manakan sama dengan kesihatan di waktu muda-muda dahulu kan? Selain daripada penyakit Trigger Finger yang ibu dah kongsikan dalam entri terdahulu, kini ibu juga mengalami masalah kesihatan perut. Akhir-akhir ini makin kerap pula ibu alami masalah gastrik. Apatah lagi ketika bulan puasa ini. Memang berlaku agak kerap. Jadi ibu perlu mengamalkan beberapa tip untuk elak gastrik ketika berpuasa.

tip elak gastrik ketika berpuasa
Gastrik di bulan Ramadhan

Sebenarnya, gastrik ibu yang semakin kerap dirasai kebelakangan ini berpunca daripada kekerapan ibu memakan ubat tahan sakit bagi meredakan kesakitan jari ibu yang alami trigger finger. Ibu pernah bertanya pada doktor semasa menerima rawatan untuk ibu jari ibu itu. Memang doktor maklumkan ubat tahan sakit boleh mengakibatkan berlakunya gastrik. Nampaknya, selepas ini, ibu perlu mengurangkan kebergantungan ibu kepada ubat tahan sakit yang jenis oral ini. Kena guna ubat yang boleh disapu di tempat yang sakit sahaja. Huhu. Atau pun hanya boleh makan panadol sahaja sebab panadol agak mesra perut kot. Kalau makan ketika perut kosong pun masih okay.

Simptom gastrik ketika berpuasa yang ibu alami selalunya ialah terasa perut sangat pedih terutama di bahagian ulu hati akibat asid perut. Kadang-kadang terasa hendak muntah kerana asid perut dah naik hingga ke bahagian tekak. Seksa sungguh rasanya. Kalau gastrik menyerang ketika malam hari lagi seksa. Tak boleh tidur dibuatnya

Dah berceloteh panjang pula. Baiklah, untuk pengetahuan bersama, ibu kongsikan beberapa tip untuk elakkan kesakitan gastrik terjadi ketika berpuasa. Siapa yang pernah alami gastrik memang tahu kesakitan dan ketidak selesaan perut tambahan apabila berpuasa di mana kita tidak boleh makan untuk mengurangkan kesakitan perut atau pedih ulu hati kerana perut yang kosong.

tip hilang gastrik time puasa
Sumber tip daripada FB Public Health Malaysia

Tip Elak Gastrik Ketika Berpuasa

  1. Jangan terlebih makan ketika berpuasa.
  2. Minum air putih, air buah yang kurang berasid antara buka dan sahur.
  3. Jangan makan 3 – 4 jam sebelum tidur. Kurangkan moreh.
  4. Minum susu satu gelas sewaktu sahur.
  5. Jangan terus tidur selepas bersahur.
  6. Buang tabiat merokok.
  7. Lewatkan sahur dan segerakan berbuka.
  8. Makan sedikit kurma ketika waktu maghrib dan selebihnya sebelum terawih.
  9. Elakkan makanan berminyak atau gorengan, berasid, pedas sangat, makanan proses atau tin, makanan yang tinggi gula, caffein seperti kopi atau teh.
  10. Makan makanan seperti kurma, kacang almond, pisang dan makanan yang dipanggang.

Di bulan puasa ini, ibu telah mengamalkan tip minum segelas susu pada waktu bersahur. Memang menjadi. Ibu tidak lagi mengalami gastrik ketika siang hari di bulan puasa. Malah, lebih bertenaga untuk menjalani ibadah puasa.

 1,874 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*