Resipi Keropok Lekor Kegemaran Ibu

Bila sebut keropok lekor, memang terasa kecur liur. Makanan ini sememangnya menjadi kegemaran ibu dari kecil hingga sekarang. Ibu, anak jadi Kelantan. Jadi, tentu tidak heran kalau keropok lekor adalah menjadi salah satu makanan kesukaan ibu kan! Cuma, apabila sudah bermastautin di negeri orang, susah betul nak cari keropok lekor kegemaran ibu yang kena dengan selera ibu. Mujurlah, ada resipi keropok lekor, boleh ibu buat sendiri.

keropok lekor sedap
Keropok lekor kegemaran ibu

Di negeri yang ibu tinggal sekarang ini, bukan lah tidak ada orang yang menjual kerepok lekor. Banyak sebenarnya, bolehh cari di mana-mana sahaja. Macam-macam rupa keropok lekor ada. TETAPI, yang kena sesuai dengan kehendak ibu, itu yang susah dicari. Selalu rasa kecewa bila membelinya. Mana tidaknya, ada sahaja yang tidak kena, keras lah, tawar lah, kenyal sangat lah, kurang ikan lah, banyak tepung lah. Hehe. Macam-macam, cerewet kan ibu ini. Bila tak puas hati, mulalah terasa macam nak buat sendiri. Lagi pun tak susah sangat sebenarnya nak masak keropok lekor. Cuma kena ada rajin sahaja. Hahaha. Bahan-bahan pun mudah diperolehi.

Jadi dalam entri ini, ibu nak kongsikan resipi dan cara buat keropok lekor yang ibu suka. Dah banyak kali juga buat guna resipi ini bila time rajin memasak. Hehe, tetapi, resipi ini, ibu agak-agak sahaja sukatannya ya. Kan, kata ikut selera sendiri. Hehe.

Resipi Keropok Lekor Kegemaran Ibu

Bahan-Bahan :-

6 ekor Ikan Selayang atau Ikan Sardin
1 cawan Tepung Ubi
1 sudu teh Garam
1 sudu Gula (jika perlu)
1/2 sudu teh Ajinomoto

Cara – Cara Membuatnya :-

Cara membuat keropok lekor sedap
  1. Bersihkan ikan dan dibuang kepala serta tulang terlebih dahulu.
  2. Isi ikan ditumbuk atau dikisar lumat.
  3. Kemudian masukkan garam, gula, ajinamoto dan sedikit demi sedikit tepung ubi dan gaul rata sehingga menjadi doh. Sukatan tepung ubi oleh diubah dengan melihat tekstur adunan. Sekiranya masih lembik, boleh ditambah sukatan tepung ubi.
  4. Uli adunan dan bentukkan mengikut saiz yang dikehendaki.
  5. Rebus adunan keropok lekor ke dalam air yang mendidih.
  6. Rebus sehingga keropok lekor timbul dan toskan.
  7. Potong kecil keropok lekor yang sudah direbus dan gorengkan.
  8. Setelah masak, boleh dimakan dengan sos pencicah cili.
Dah boleh jual ni :p

Buat sendiri sangat puas hati. Boleh adjust rasa mengikut selera. Kalau suka banyak ikan, boleh tambahkan lagi isi ikan. Tetapi, Keropok lekor Kelantan dan Keropok lekor losong agak berbeza dari segi sukatan kuantiti ikan dan tepung. Keropok losong mengandungi lebih isi ikan dan kurang tepung. Dua-dua menjadi kegemaran ibu. Makan keropok lekor sahaja pun dah cukup. Hehe.

 2,523 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*