Sedar tak sedar, tinggal lebih kurang 47 hari lagi umat Islam akan menunaikan kewajipan berpuasa. Sebulan selepas puasa, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula. Memang rasa sekejap sangat masa berlalu. Tahun lepas ibu menyambut hari raya di kampung halaman di Kelantan. Tahun ini pula, giliran beraya di rumah mertua. Suasana yang meriah akan kita sama-sama rasai lagi, Insya Allah. Ibu ingin kongsikan info berkaitan tarikh dan lokasi melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal bagi menentukan tarikh pertama kita akan berpuasa dan juga tarikh bagi melihat anak bulan Syawal bagi menentukan tarikh kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2017 ini.
Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tarikh melihat atau mencerap anak bulan Ramadhan dan Syawal telah ditetapkan seperti berikut :-
Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan dan Syawal 1438H/2017M
- Tarikh Mencerap Anak Bulan Ramadan – Penetapan Awal Puasa 1438 H / 2017 M pada 26 Mei 2017 (Jumaat)
- Tarikh Mencerap Anak Bulan Syawal – Penetapan Hari Raya Aidilfitri 1438 H / 2017 M pada 24 Jun 2017 (Sabtu)
BACA INI : Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan & Syawal 1434H / 2013M
Lokasi mencerap anak bulan Ramadhan & Syawal adalah seperti berikut :-
Negeri | Lokasi Cerapan |
---|---|
Perlis | Kuala Sungai Baru, Simpang Empat |
Kedah | Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda |
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi | |
Menara Alor Setar, Alor Setar | |
Pulau Pinang | Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh |
Perak | Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong |
Kuala Lumpur | Menara Kuala Lumpur |
Selangor | Bukit Melawati |
Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat | |
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam | |
Putrajaya | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya |
Negeri Sembilan | Telok Kemang, Port Dickson |
Melaka | Komplek Falak Al-khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara |
Johor | Pontian Kecil |
Pahang | Bukit Tanjong Batu, Nenasi |
Gunung Berincang, Cameron Highlands | |
Bukit Pelindung, Kuantan | |
Terengganu | Bukit Besar, Kuala Terengganu |
Bukit Geliga, Kemaman | |
Pulau Perhentian, Besut | |
Balai Cerap KUSZA, Merang, Setiu | |
Kelantan | Bukit Peraksi, Pasir Putih |
Bukit Kampung Tembeling, Manjur, Olak Jeram, Kuala Krai | |
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu | |
Sarawak | Tanjung Lubang, Miri |
Teluk Bandung, Kuching | |
Tanjung Batu, Bintulu | |
Sabah | Balai Cerap, Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan |
Labuan | Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampung Antarabangsa Labuan |
ps : Selamat berpuasa ya semua, puasa tahun lepas dah abis ganti ke? ;p
2,053 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
rasanya tahun ni sempat kot terawih kali pertama kat banting.
rindu plak nak terawih kat sana.
selamat berpuasa dan berterawih
seminggu je lagi nak puasa, semoga sempat sampai umur kita ya
insya Allah aamiin…
tak lama dah ramadhan menjelma, semoga ibadah kita lebih baik dari sebelumnya
insya Allah, semoga kita semua mendapat keberkatan dan dipermudahkan untuk menunaikan ibadah puasa.
Mama rasa sayu bila mengenangkan arwah abangnya dulu meninggal lepas hari raya
.
Hmmm
.
Tak boleh nak lupa. Kematian tu memang hampir dengan kita kan
takziah..al-fatihah untuk arwah.
kita pun kena sentiasa bersedia..mati tidak mengenal usia kan..
sekejap jer..dah nak puasa,
itulah mmg sekejap kan masa berlalu..tup..tup eh dh nak puasa smula..
sekejap jee dah puasa… semoga puasa kali nie mmberi banyak keberkatan buat kita semua…
insya Allah….
pergh dah nak ramadhan , lagi sikit je abis je rejab , syaban
kalau orang – orang – orang kita pun sekarang biasnya bulan rejab dah start puasa
ha ah kan.. x lama dah nk puasa n raya. itu lah..elok juga start buat puasa sunat bulan rejab ni..
dah nak dekat puasa kita ni.
ha ah..dh dekat dh..
tak sabar plak nak tunggu puasa tahun ni..
tak sabar nk raya juga..hehe
dah tak lama lagi kita puasa…
debaran sangat terasa..
nak berlatih puasa la macam nie..
buleh la start dengan puasa sunat bln rejab