Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan Dan Syawal 1438H/2017M

Sedar tak sedar, tinggal lebih kurang 47 hari lagi umat Islam akan menunaikan kewajipan berpuasa. Sebulan selepas puasa, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula. Memang rasa sekejap sangat masa berlalu. Tahun lepas ibu menyambut hari raya di kampung halaman di Kelantan. Tahun ini pula, giliran beraya di rumah mertua. Suasana yang meriah akan kita sama-sama rasai lagi, Insya Allah. Ibu ingin kongsikan info berkaitan tarikh dan lokasi melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal bagi menentukan tarikh pertama kita akan berpuasa dan juga tarikh bagi melihat anak bulan Syawal bagi menentukan tarikh kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2017 ini.

tarikh dan lokasi melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal
Mencerap anak bulan Ramadhan dan Syawal.

Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tarikh melihat atau mencerap anak bulan Ramadhan dan Syawal telah ditetapkan seperti berikut :-

Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan dan Syawal 1438H/2017M

  • Tarikh Mencerap Anak Bulan Ramadan – Penetapan Awal Puasa 1438 H / 2017 M  pada 26 Mei 2017 (Jumaat)
  • Tarikh Mencerap Anak Bulan Syawal – Penetapan Hari Raya Aidilfitri 1438 H / 2017 M pada  24 Jun 2017 (Sabtu)

BACA INI : Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan & Syawal 1434H / 2013M

Lokasi mencerap anak bulan Ramadhan & Syawal adalah seperti berikut :-

Negeri Lokasi Cerapan
Perlis Kuala Sungai Baru, Simpang Empat
Kedah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
Menara Alor Setar, Alor Setar
Pulau Pinang Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh
Perak Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong
Kuala Lumpur Menara Kuala Lumpur
Selangor Bukit Melawati
Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
Putrajaya Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Negeri Sembilan Telok Kemang, Port Dickson
Melaka Komplek Falak Al-khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
Johor Pontian Kecil
Pahang Bukit Tanjong Batu, Nenasi
Gunung Berincang, Cameron Highlands
Bukit Pelindung, Kuantan
Terengganu Bukit Besar, Kuala Terengganu
Bukit Geliga, Kemaman
Pulau Perhentian, Besut
Balai Cerap KUSZA, Merang, Setiu
Kelantan Bukit Peraksi, Pasir Putih
Bukit Kampung Tembeling, Manjur, Olak Jeram, Kuala Krai
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu
Sarawak Tanjung Lubang, Miri
Teluk Bandung, Kuching
Tanjung Batu, Bintulu
Sabah Balai Cerap, Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
Labuan Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampung Antarabangsa Labuan

ps : Selamat berpuasa ya semua, puasa tahun lepas dah abis ganti ke? ;p

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1569 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Related Posts :



20 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge