Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan & Syawal 1434H / 2013M

Ibu ada mencari maklumat tarikh melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal 1434H di laman sesawang Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Tetapi laman tersebut tidak dapat dibuka kerana sedang dikemas kini. Yang ibu jumpa kat google adalah seperti dalam gambar dibawah. Bagi ibu boleh diterima pakai sebab link sourcenya dari laman sesawang Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia itu juga. Cuma buat masa ini tidak dapat diakses.

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan dan syawal
Anak Bulan

Tarikh Mencerap Anak Bulan Ramadan – Penetapan Awal Puasa 1434H/2013M pada 8 Julai 2013
Tarikh Mencerap Anak Bulan Syawal – Penetapan Hari Raya Aidilfitri 1434H/2013M pada 7 Ogos 2013

Lokasi mencerap anak bulan Ramadhan & Syawal akan dikemaskini kemudian.

Puasa dah dekat ini, bolehlah semak jikalau masih ada puasa tahun-tahun lepas yang masih belum berganti. Begitu juga dengan fidyah, jika ada yang masih belum lunas perlu disegerakan pembayarannya bagi mengelak masalah di masa akan. Bagi yang mencari artikel mengenai niat puasa dan doa buka puasa, boleh cari di dalam blog ibu ini, sebab ada juga perkongsian entri mengenainya yang ibu sudah posted sebelun ini. Mari lah sama-sama kita memanfaatkan bulan yang penuh barakah ini untuk mengejar pahala untuk dibuat bekalan di akhirat nanti.

ps : jika ada perubahan maklumat akan dimaklumkan kemudian juga..

Selamat menjalani ibadah puasa. 

 1,802 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

4 Comments

1 Trackback / Pingback

  1. Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan Dan Syawal 1438H/2017M – Blog Ibu Mifzal

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*