Sedar tak sedar, tinggal lebih kurang 47 hari lagi umat Islam akan menunaikan kewajipan berpuasa. Sebulan selepas puasa, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula. Memang rasa sekejap sangat masa berlalu. Tahun lepas ibu menyambut hari raya di kampung halaman di Kelantan. Tahun ini pula, giliran beraya di rumah mertua. Suasana yang meriah akan kita sama-sama rasai lagi, Insya Allah. Ibu ingin kongsikan info berkaitan tarikh dan lokasi melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal bagi menentukan tarikh pertama kita akan berpuasa dan juga tarikh bagi melihat anak bulan Syawal bagi menentukan tarikh kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2017 ini.
Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tarikh melihat atau mencerap anak bulan Ramadhan dan Syawal telah ditetapkan seperti berikut :-
Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan dan Syawal 1438H/2017M
- Tarikh Mencerap Anak Bulan Ramadan – Penetapan Awal Puasa 1438 H / 2017 M pada 26 Mei 2017 (Jumaat)
- Tarikh Mencerap Anak Bulan Syawal – Penetapan Hari Raya Aidilfitri 1438 H / 2017 M pada 24 Jun 2017 (Sabtu)
BACA INI : Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan & Syawal 1434H / 2013M
Lokasi mencerap anak bulan Ramadhan & Syawal adalah seperti berikut :-
Negeri | Lokasi Cerapan |
---|---|
Perlis | Kuala Sungai Baru, Simpang Empat |
Kedah | Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda |
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi | |
Menara Alor Setar, Alor Setar | |
Pulau Pinang | Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh |
Perak | Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong |
Kuala Lumpur | Menara Kuala Lumpur |
Selangor | Bukit Melawati |
Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat | |
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam | |
Putrajaya | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya |
Negeri Sembilan | Telok Kemang, Port Dickson |
Melaka | Komplek Falak Al-khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara |
Johor | Pontian Kecil |
Pahang | Bukit Tanjong Batu, Nenasi |
Gunung Berincang, Cameron Highlands | |
Bukit Pelindung, Kuantan | |
Terengganu | Bukit Besar, Kuala Terengganu |
Bukit Geliga, Kemaman | |
Pulau Perhentian, Besut | |
Balai Cerap KUSZA, Merang, Setiu | |
Kelantan | Bukit Peraksi, Pasir Putih |
Bukit Kampung Tembeling, Manjur, Olak Jeram, Kuala Krai | |
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu | |
Sarawak | Tanjung Lubang, Miri |
Teluk Bandung, Kuching | |
Tanjung Batu, Bintulu | |
Sabah | Balai Cerap, Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan |
Labuan | Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampung Antarabangsa Labuan |
ps : Selamat berpuasa ya semua, puasa tahun lepas dah abis ganti ke? ;p
2,052 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini