Senarai Barangan Yang Dikecualikan Dan Dikenakan SST 2018

Hari ini 1 September 2018. Maka bermulalah pelaksanaan SST 2018 atau pun Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang dulunya pernah dilaksanakan sebelum GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan). Sebelum ini, pihak Kerajaan telah mengumumkan kadar SST 2.0 iaitu 5 atau 10 peratus bagi cukai jualan dan 6 peratus bagi cukai perkhidmatan. Bersempena pelaksanaan SST, pihak Jabatan Kastam DiRaja Malaysia telah mengeluarkan panduan mengenai senarai barangan yang dikenakan SST (Sales Tax ataupun Cukai Jualan 2018) atau versi kedua ini.

senarai barangan yang dikenakan SST
Sumber Gambar : MalaysiaGazzete.

Ringkasan barangan yang dikecualikan dan dikenakan Cukai Jualan (SST) adalah seperti berikut :

Senarai Barangan Yang Dikecualikan SST – Cukai Jualan (0 %)

barang tak kena sst
Infografik Barangan Terkecuali Cukai Jualan.
  • Haiwan Hidup
  • Telur
  • Rempah
  • Kopi & Teh
  • Bijirin
  • Isi Kelapa Kering
  • Kacang Soya
  • Sayur – Sayuran
  • Persediaan Ikan
  • Mee & Pasta
  • Makanan Binatang
  • Produk Galian
  • Produk Farmaseutikal
  • Baja
  • Grafit Buatan dan Aktif Karbon
  • Racun Serangga dan Pembasmi Kuman
  • Pulpa Kayu dan Sisa Kertas

BACA INI : Adakah SST Lebih Bagus Daripada GST?

Senarai Barangan Yang Dikenakan  SST – Cukai Jualan (5 % atau 10 %)

Lain-lain barangan selain di dalam senarai diatas adalah dikenakan cukai jualan sebanyak 5 % atau 10 %. Senarai lengkap barangan yang dikenakan cukai tersebut boleh dimuat turun dipautan di bawah :

PANDUAN CADANGAN BARANGAN YANG DIKENAKAN SALES TAX

Senarai Perkhidmatan Yang Dikenakan SST – Cukai Perkhidmatan (6 %)

  • Hotel
  • Restoran Terletak Dalam Hotel Yang Mempunyai Lebih Daripada 25 Bilik
  • Restoran Terletak Dalam Hotel Yang Mengandungi 25 Bilik Atau Kurang
  • Restoran Terletak Di Luar.
  • Kelab Malam, Dewan Tari, Kabaret, Pusat Kesihatan, Rumah Urut, Rumah Awam Dan Rumah Bir.
  • Kelab Persendirian
  • Padang Golf Dan Lapangan Sasar Golf Selain Daripada Dalam Kumpulan A Dan E.
  • Hospital Persendirian
  • Penyedia Perkhidmatan Lain

 1,612 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*