Drama Bahagia Bukan Bidaan

Sebuah drama adaptasi novel akan ke udara di slot Samarinda TV3. Drama Bahagia Bukan Bidaan, hasil karyawan Hessa Widad akan dibintangi oleh Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham dan Ika Nabella.

Drama Bahagia Bukan Bidaan
Drama Bahagia Bukan Bidaan

Ia akan menemui penonton pada 3 September 2018, masa tayangan setiap hari Isnin hingga Rabu, jam 10.00 malam. Drama Bahagian Bukan Bidaan yang mempunyai 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan produksi Country & Universal Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Bahagia Bukan Bidaan

BACA INI : Drama Cinta Bukan Kristal

Kisah Ain Farhana yang sanggup mempertahankan rumah tangga yang terbina dengan Azlan selama 16 tahun demi anak mereka. Namun Hana tekad ingin bercerai selepas mengetahui Azlan mempunyai skandal dengan Aina, eksekutif yang bekerja di syarikat sama. Hana tidak tahan lagi dengan sikap Azlan yang tidak pernah berubah. Azlan yang dicabar menceraikan Hana dengan talak satu dan mahu rujuk kembali. Hana yang enggan, dihalang oleh Azlan untuk berjumpa dengan anakya. Hana mula hilang arah dan mengalami kemurungan.

Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana.

Cinta mula hadir dalam hati Hana. Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Hana mula lelah dengan kebenaran yang tersingkap. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?

 2,722 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*