K-Drama Lovely Horribly

Habis k-drama Let’s Eats ibu tonton, ibu sambung pula dengan k-drama Lovely Horribly atau 러블리 호러블리 (Reobeulli Horeobeulli). Drama bergenre romantic comedy / horror ini merupakan sebuah drama yang dilakonkan oleh Park Si Hoo dan Song Ji Hyo. Ia diarahkan oleh Kang Min Kyung dan skrip ditulis oleh Park Min Joo. Ditayangkan bermula 13 Ogos hingga 2 Oktober 2018 di saluran KBS dan bersiaran dengan 32 episod yang berdurasi 30 minit lebih. Waktu siaran k-drama ini adalah pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 11.00 malam.

k-drama lovely horribly
Lovely Horibbly.

Selain daripada pelakon Park Si Hoon (박시후) dan Song Ji Hyo (송지효) yang terkenal di dalam program show The Running Man, k-drama ini juga turut dibintangi oleh Lee Gi Kwang (이기광), Ham Eun Jun (함은정) dan Choi Yeo Jin (최여진)

Sinopsis K-Drama Lovely Horribly

Phillip (Park Si Hoo) dan Eul Soon (Song Ji Hyo) dilahirkan pada waktu yang sama dan disebabkan itu mereka berdua telah berkongsi takdir. Jika salah seorang gembira, maka seorang lagi akan berduka. Phillip mendapat takdir yang baik dan menjadi artis terkenal. Berlawan dengan Phillip, Eul Soon mempunyai takdir malang dan beliau bekerja sebagai penulis skrip untuk drama bersiri.

BACA INI : Drama Let’s Eat 3

Mereka berdua bertemu dan kemudian berkerjasama di dalam sebuah drama bersiri yang bertajuk Cerita Cinta Gadis Hantu. Bermula dengan itu, pelbagai kejadian misteri berlaku di antara mereka.

Apakah kesudahan k-drama ini? Kena tonton baru tahu 😀

Tonton K-Drama Lovely Horribly

Drama ini boleh ditonton di VIU

 2,022 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*