Adakah SST Lebih Bagus Daripada GST?

1 September 2018 merupakan tarikh pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai SST (Sales and Services Tax). Cukai ini akan menggantikan GST (Goods and Services Tax) iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang telah pun dikadar sifarkan oleh kerajaan baharu, Pakatan Harapan bermula 1 Jun 2018 yang lalu. Seperti yang sedia maklum, GST telah dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu untuk mengutip cukai. Lebih 60 peratus cukai dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan yang memberi pulangan cukai sebanyak lebih 40 billion kepada negara. Adakah SST Lebih Bagus Daripada GST?

SST Lebih Bagus Daripada GST
SST vs GST

Sebagai pengguna yang bergaji sederhana, ibu memang turut terkesan dengan kenaikan harga barang yang disebabkan oleh GST. Mengikut pemahaman  peribadi ibu, GST adalah cukai berlapis-lapis yang dikenakan kepada pengguna yang perlu membayar harga akhir bercukai untuk mendapatkan barangan atau pun perkhidmatan. Umum mengetahui kadar GST adalah 6% yang dikenakan di setiap peringkat iaitu pengeluar, pemborong dan juga penguna. Pengeluar dan pemborong boleh claim semula cukai dengan kerajaan tetapi pengguna? Kununnya, dipulangkan kepada pengguna dalam bentuk bantuan  rakyat 1Malaysia yang kini sudah ditukar nama kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR). Sayang sekali, ibu bukan penerima BR1M sebelum ini :D.

SST vs GST

Ibu menyambut baik langkah kerajaan untuk menghapuskan GST dan melaksanakan semula SST yang sebelum ini sudah pun dilaksanakan sebelum digantikan dengan GST. Pada hemat ibu yang tidak berapa pandai tentang ekonomi ini, SST mampu menurunkan harga barang tetapi tidaklah menyeluruh. Kenapa ibu katakan tidak menyeluruh, kerana harga barangan ditentukan oleh penawaran dan permintaan. Walaupun ada campur tangan pihak ketiga yang boleh mengubah harga, tetapi banyak faktor dan usaha yang perlu dilihat dan dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan harga tidak dimanipulasi oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Secara teorinya, SST  mempunyai dua komponen yang berbeza iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Ia dikenakan dengan kadar 10 peratus bagi cukai jualan dan 6 peratus bagi cukai perkhidmatan. Ia adalah cukai berasingan. Cukai jualan hanya dikenakan ke atas pembuat barangan ketika barangan itu dijual manakala cukai perkhidmatan dikenakan ke atas pembekal perkhidmatan seperti restoran dan hospitaliti. Cukai-cukai ini hanya dikenakan pada satu peringkat sahaja. Dan, tidak semua barangan dan perkhidmatan dikenakan cukai. Hanya barangan dan perkhidmatan tertentu yang disenaraikan oleh kerajaan yang akan dikenakan cukai SST. SST hanya merangkumi 38 peratus daripada bakul indeks harga pengunan (CPI) manakalan GST merangkumi 60 peratus. Berikut adalah perbandingan harga di antara SST dan GST. Sumber gambar adalah daripada facebook

SST Lebih Bagus Daripada GST 1
Penerangan Perbezaan Harga SST dan GST

SST Lebih Bagus Daripada GST

Secara kesimpulannya, bagi ibu sebagai seorang pengguna, SST lebih bagus daripada GST kerana pada pendapat ibu  ia mampu menurunkan harga barang. Dengan harapan, pelaksanaan SST dapat dijalankan dengan baik dan pemantauan yang berterusan daripada pihak kerajaan dapat membantu pelaksanaan SST mencapai objektif. Walaubagaimana pun, perlu diakui GST juga merupakan sistem percukaian yang bagus dan lebih sistematik kerana ia mampu memberi hasil yang banyak kepada kerajaan untuk membangunkan negara. Pendapat ibu juga, pelaksanaan SST ini juga seharusnya mengambil kira contoh sistem yang digunapakai di dalam GST. Ini adalah untuk menjamin sistem yang lebih telus agar pendapatan hasil cukai ini dapat dikutip oleh kerajaan sebaiknya. Dan, ibu percaya, pihak kerajaan sudah pun mempunyai mekanisme yang terbaik di dalam melaksanakan cukai SST ini nanti.

 2,739 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*