Hari ini 1 September 2018. Maka bermulalah pelaksanaan SST 2018 atau pun Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang dulunya pernah dilaksanakan sebelum GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan). Sebelum ini, pihak Kerajaan telah mengumumkan kadar SST 2.0 iaitu 5 atau 10 peratus bagi cukai jualan dan 6 peratus bagi cukai perkhidmatan. Bersempena pelaksanaan SST, pihak Jabatan Kastam DiRaja Malaysia telah mengeluarkan panduan mengenai senarai barangan yang dikenakan SST (Sales Tax ataupun Cukai Jualan 2018) atau versi kedua ini.
Ringkasan barangan yang dikecualikan dan dikenakan Cukai Jualan (SST) adalah seperti berikut :
Senarai Barangan Yang Dikecualikan SST – Cukai Jualan (0 %)
- Haiwan Hidup
- Telur
- Rempah
- Kopi & Teh
- Bijirin
- Isi Kelapa Kering
- Kacang Soya
- Sayur – Sayuran
- Persediaan Ikan
- Mee & Pasta
- Makanan Binatang
- Produk Galian
- Produk Farmaseutikal
- Baja
- Grafit Buatan dan Aktif Karbon
- Racun Serangga dan Pembasmi Kuman
- Pulpa Kayu dan Sisa Kertas
BACA INI : Adakah SST Lebih Bagus Daripada GST?
Senarai Barangan Yang Dikenakan SST – Cukai Jualan (5 % atau 10 %)
Lain-lain barangan selain di dalam senarai diatas adalah dikenakan cukai jualan sebanyak 5 % atau 10 %. Senarai lengkap barangan yang dikenakan cukai tersebut boleh dimuat turun dipautan di bawah :
PANDUAN CADANGAN BARANGAN YANG DIKENAKAN SALES TAX
Senarai Perkhidmatan Yang Dikenakan SST – Cukai Perkhidmatan (6 %)
- Hotel
- Restoran Terletak Dalam Hotel Yang Mempunyai Lebih Daripada 25 Bilik
- Restoran Terletak Dalam Hotel Yang Mengandungi 25 Bilik Atau Kurang
- Restoran Terletak Di Luar.
- Kelab Malam, Dewan Tari, Kabaret, Pusat Kesihatan, Rumah Urut, Rumah Awam Dan Rumah Bir.
- Kelab Persendirian
- Padang Golf Dan Lapangan Sasar Golf Selain Daripada Dalam Kumpulan A Dan E.
- Hospital Persendirian
- Penyedia Perkhidmatan Lain
1,830 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Disebabkan ada tiga jenis cukai, banyak pengguna dan peniaga yang pening dengan SST 2.0; yang jenis nak ambil untung pakat bedal je bubuh cukai sesuka hati.
aju pun still nak hadam pasal sst ni, tq for sharing info
Tak boleh nak elak cukai tetapi naik harga itu tak patut tanpa asalan kukuh.
Nasib la tambah nilai kad prabayar tak kena SST. Hehe
ha ah. mujur. kalau kena sst jugk jenuh lah..
Info yang menarik ni. terima kasih.
sama-sama.
tq for sharing. I masih berussaha nak hadam pasal sst ni . byk sangat orang share sampai dah confuse. let see untuk beberapa bulan ni kan
betul tu..byk jug yg share pun mengelirukan kan.